Khamis, 31 Mei 2012

Ada Apa Pada Kalori?

Apabila orang bercakap tentang kalori dalam makanan, apa yang mereka maksudkan? Kalori adalah suatu unit ukuran - tetapi ia tidak mengukur berat badan atau ketinggian. Kalori ialah satu unit tenaga. Apabila anda mendengar sesuatu yang mengandungi 100 kalori, ia adalah cara untuk menerangkan berapa banyak tenaga yang badan anda boleh dapatkan dari makan atau minum.



Adakah Kalori Tidak Baik untuk Anda?

Kalori bukanlah sesuatu yang tidak baik bagi kamu. Badan kita memerlukan kalori untuk tenaga. Tetapi makan terlalu banyak kalori - dan tidak membakar kalori secukupnya melalui sesuatu aktiviti - boleh menyebabkan pertambahan berat badan.

Kebanyakan makanan dan minuman memang mengandungi kalori. Sesetengah makanan seperti salad, mengandungi beberapa kalori sahaja (1 cawan salad yang dicincang mempunyai kurang daripada 10 kalori). Makanan lain, seperti kacang, mengandungi banyak kalori (½ cawan kacang tanah mempunyai 427 kalori!).

Anda boleh mengetahui berapa banyak kalori dalam makanan dengan melihat pada label fakta pemakanan. Label juga akan menerangkan tentang komponen-komponen makanan - berapa banyak gram karbohidrat, protein, dan lemak yang terkandung di dalamnya.

Berikut merupakan bilangan kalori yang terdapat dalam setiap 1 gram:

    karbohidrat — 4 kalori
    protein — 4 kalori
    lemak — 9 kalori

Ini bermakna jika anda tahu berapa gram setiap satu zat dalam sesuatu makanan, anda boleh mengira jumlah kalorinya. Anda boleh mendarabkan bilangan gram dengan bilangan kalori dalam gram komponen makanan tersebut. Sebagai contoh, jika hidangan kentang goreng (kira-kira 20 batang) mempunyai 10 gram lemak, bermakna 90 kalori datangnya daripada lemak, hasil daripada pengiraan 10 gram x 9 kalori per gram lemak.

Sesetengah orang menitikberatakan kalori yang mereka ambil jika mereka cuba untuk menurunkan berat badan.
Jika anda makan banyak kalori melebihi daripada keperluan badan anda, kalori yang berlebihan akan ditukarkan kepada lemak. Terlalu banyak lemak boleh membawa kepada masalah kesihatan.


Bagaimana Badan Menggunakan Kalori

Sesetengah orang keliru kerana percaya mereka perlu membakar semua kalori yang mereka makan atau jika tidak, mereka akan bertambah berat badan. Ini adalah tidak benar! Badan anda memerlukan beberapa kalori untuk membuatkan jantung berdegup dan paru-paru anda bernafas. Dan anda sedang membakar kalori tanpa perlu memikirkannya - dengan berjalan atau mengemaskan katil anda!

Tetapi ia adalah satu idea yang hebat untuk bersenam dan menjadi aktif untuk sekurang-kurangnya 1 hingga beberapa jam sehari. Aktif setiap hari akan menjadikan tubuh anda kuat dan boleh membantu anda mengekalkan berat badan yang sihat.

Menonton TV dan bermain permainan video atau melayari internet tidak akan membakar kalori yang banyak. Ini adalah sebab mengapa anda perlu cuba untuk mengehadkan aktiviti-aktiviti tersebut untuk 1 hingga 2 jam sahaja sehari. Setiap orang hanya membakar kira-kira 1 kalori seminit sambil menonton TV, sama sahaja seperti tidur!
Oleh: Mary L. Gavin, MD


Sumber:
kidshealth

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan