Ahad, 30 Disember 2012

Kurangkan Risiko Anda Mendapat Serangan Jantung & Strok



1
Kurangkan risiko anda dengan tidak merokok atau berhenti merokok

2
Jangan biarkan diri anda dan keluarga anda menderita

3
Jangan merokok



4
Jika anda seorang perokok, ambillah langkah bijak, BERHENTI LAH sebelum terlambat

Sekiranya anda memerlukan bantuan,
Hubungi:
03-8883 4176  


Artikel sebelumnya:

Sumber info:
Unit Kawalan Tembakau
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia

Sumber gambar:

Rabu, 26 Disember 2012

Anda Layak Menderma Darah Sekiranya...



1
Mempunyai berat badan melebihi 45kg.


2
Berumur antara 18 - 60 tahun (sekiranya berumur 17 tahun, anda perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada waris)

3
Tidur melebihi 5 jam


4
Tahap hemoglobin di antara 12.5 - 18.0 g/dl


5
Tidak mengambil sebarang ubat/antibiotik (kecuali dengan kebenaran pegawai perubatan)


6
Tidak mengambil minuman beralkohol dalam tempoh 24 jam sebelum menderma


7
Tidak menghidap penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi dan diabetes


8
Tidak menghidap penyakit lain seperti talasemia, haemofilia, hepatitis B atau C, penyakit kelamin, Aids dan sebagainya



Artikel sebelumnya:
Mengapa Perlu Menderma Darah



Sumber info:
Jabatan Perubatan Transfusi
Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
Tel/Faks: 04.740.6266


Sumber gambar:
bikyamasr.com
topnews.in

Ahad, 16 Disember 2012

Mengapa Perlu Menderma Darah




Satu unit darah yang anda derma dapat menyelamatkan nyawa...
 

  • Pesakit demam denggi



  • Mangsa kemalangan yang kehilangan darah

  • Ibu yang mengalami tumpah darah selepas bersalin

  • Pesakit talasemia

  • Pesakit anemia

  • Mangsa kebakaran


  • Pesakit leukimia


  • Pesakit hemofilia


Artikel sebelumnya:
Derma Darah: Apa Yang Perlu Anda Tahu
Artikel seterusnya:



Sumber info:
Jabatan Perubatan Transfusi
Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
Tel/Faks: 04.740.6266


Sumber gambar:
examiner.com
gibrshma.blogspot.com
epicodescollide.wordpress.com 

Ahad, 9 Disember 2012

Derma Darah: Apa Yang Perlu Anda Tahu



Keinginan anda untuk menderma darah amatlah kami hargai.
Namun anda hanya layak menderma sekiranya anda seorang penderma berisiko rendah.

Berisiko rendah bermaksud pendermaan darah tidak akan memudaratkan diri anda atau darah yang anda dermakan tidak tercemar dengan virus penyakit boleh berjangkit melalui pemindahan darah seperti hepatitis B dan C, HIV dan sifilis.

Sekiranya anda seorang penderma darah, amalkan cara hidup sihat dan elakkan diri anda dari terlibat dengan aktiviti berikut:

  • Mengamalkan hubungan seks sejenis (homoseksual).


  • Mengamalkan hubungan seks dengan kedua-dua jantina (biseksual).


  • Bertukar pasangan seks.


  • Pelacur atau melanggani pelacur.

  • Mengambil dadah serta berkongsi jarum suntikan.






Artikel seterusnya:



Sumber info:
Jabatan Perubatan Transfusi
Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
Tel/Faks: 04.740.6266

Sumber gambar:
koding-kn.blogspot.com
gearjunkie.com 

Posisi Penyusuan Dan Pelekapan Yang Betul






Posisi Ibu

1
Mengikut keselesaan ibu

2
Bahagian belakang, kaki dan payudara diampu (jika perlu)


 

Posisi Bayi

1
Badan bayi lurus

2
Bawa badan bayi rapat ke badan ibu, muka bayi menghadap payudara dan hidung setentang puting ibu

3
Kepala dan bahu bayi diampu

4
Bayi baru lahir/pramatang, keseluruhan badannya mestilah diampu




Artikel sebelumnya:




Sumber info:
Hospital Rakan Bayi
Hospital Sultanah Bahiyah
Alor Setar, Kedah


Sumber gambar:

Laman web menarik:

Selamatkan Gaza!


www.amanpalestin.net

www.aqsasyarif.org.my

http://www.mapim.org/

www.sinarharian.com.my

Selasa, 4 Disember 2012

Majalah Rapi 1 Disember 2012



Rabu, 28 November 2012

Merokok dan Kesannya terhadap Jantung dan Saluran Darah Anda


1
Merokok merupakan penyebab kepada 40% penyakit jantung dan strok di kalangan mereka di bawah 65 tahun

2
Perokok adalah 4 X berisiko mati akibat serangan jantung berbanding bukan perokok

3
Mereka yang terdedah kepada asap rokok pasif (asap rokok persekitaran) juga mempunyai risiko yang lebih tinggi terhadap serangan jantung

4
Tabiat merokok mengakibatkan anda membawa masuk pelbagai jenis bahan beracun ke dalam tubuh badan anda melalui paru-paru dan seterusnya diserap ke dalam sistem peredaran darah anda



5
Bahan-bahan ini akan mengecilkan saluran darah anda, meyebabkan alirannya tidak lancar dan meningkatkan kemungkinan mendapan bahan-bahan berlemak dan boleh menyebabkan saluran darah menjadi lebih sempit, malah boleh tersumbat



6
Tekanan darah anda juga meningkat, dan jantung anda terpaksa bekerja lebih kuat untuk mengatasi tekanan ini supaya darah dapat dihantar ke seluruh tubuh anda

7
Karbon monoksida yang diserap masuk dari asap rokok yang anda sedut, akan merosakkan Haemoglobin dalam sel darah merah anda dan menyebabkannya kurang berupaya mengangkut oksigen. Oleh itu, kandungan oksigen dalam badan anda berkurangan.



8
Kesemua ini menyebabkan jantung anda bekerja dengan lebih kuat, menghasilkan denyutan yang tidak normal dan memungkinkan serangan jantung.

9
Gangguan aliran darah ke otak pula meyebabkan serangan strok

10
Strok menyebabkan sebahagian badan anda lumpuh


11
Serangan jantung dan strok boleh menyebabkan kematian





Sumber info:
Unit Kawalan Tembakau
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia

Sumber gambar:

Selasa, 27 November 2012

Kepentingan Penyusuan Dengan Kerap Supaya Bayi Mendapat Cukup Susu



1
Susukan bayi dengan kerap sekurang-kurangnya 8-12 kali sehari bukannya mengikut jam

2
Susukan bayi pada waktu malam

3
Perah susu ibu selepas menyusukan bayi sekiranya masih ada susu

4
Jangan beri bayi menghisap puting tiruan

5
Jika ibu bekerja, beri penyusuan secara terus dari payudara sebelum ke tempat kerja dan lakukan sedemikian sebaik kembali ke rumah

6
Semasa menyusukan bayi pada satu payudara, gunakan pam bagi memerah payudara di sebelah satu lagi untuk membuat stok bekalan susu

7
Perah susu di tempat kerja



8
Susukan bayi secara terus dari payudara pada waktu tidak bekerja

9
Ibu perlu mendapatkan makanan dan minuman berkhasiat serta rehat yang mencukupi




Artikel sebelumnya:



Sumber gambar:


Sumber info:
Hospital Rakan Bayi
Hospital Sultanah Bahiyah
Alor Setar, Kedah

Ahad, 25 November 2012

Pentingnya Sarapan Pagi!



Umum sedia maklum, pengambilan sarapan adalah penting kerana ianya dianggap sebagai makanan untuk otak.

Kajian menujukkan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental.

Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberi kesan positif terhadap aktiviti otak kerana anda akan jadi lebih cergas, peka dan fokus.

Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri seseorang untuk melaksanakan tugasnya sama ada di sekolah mahupun di tempat kerja biarpun hanya dengan mengambil sarapan seringkas sekeping roti dan secawan kopi.




Sumber info:

Sumber gambar:

Rabu, 21 November 2012

Penjagaan Pemakanan Untuk Pesakit Gout



1
Elakkan makanan yang tinggi kandungan purin

2
Ambil protein dengan sederhana dan sebahagian besar datangnya dari susu, keju dan sayur-sayuran

3
Ambil makanan tinggi karbohidrat untuk mengelakkan metabolisma tisu dan ketosis



4
Kurangkan pengambilan lemak

5
Dapatkan berat badan ideal

6
Banyakkan minum air



Artikel sebelumnya: 
 

Sumber info:
Pegawai Dietetik
Hospital Negeri Kedah

Sumber gambar:

Pelan Pemakanan Untuk Pesakit Gout: Kumpulan 3


Kumpulan 3
MAKANAN MENGANDUNGI RENDAH PURIN
(0-50mg/100g) Tidak dihadkan



Minuman Kopi/Teh/Soda
Roti Putih
Bijirin bukan Mil Penuh
Keju

Telur
Buah dan Jus Buah
Susu
Sayur (selain dari Kumpulan 2)
Rempah
Jagung
Ubi Kayu
Kacang (nuts)
Sos
Gelatin



Artikel sebelumnya: 
 

Sumber info:
Pegawai Dietetik
Hospital Negeri Kedah

Sumber gambar:

Selasa, 20 November 2012

Pelan Pemakanan Untuk Pesakit Gout: Kumpulan 2


Kumpulan 2
MAKANAN MENGANDUNGI SEDERHANA PURIN
(50-150mg/100g) Satu hidangan sehari



Asparagus
Roti dan Bijirin Mil Penuh
Bunga Kobis
Bayam
Kekacang
Lentil

Lentil

Oat Meal
Cendawan
Belut
Ikan Air Tawar/Air Masin
Daging Lembu/Kambing
Ayam/Itik
Makanan Laut



Artikel sebelumnya: 




Sumber info:
Pegawai Dietetik
Hospital Negeri Kedah

Sumber gambar:

Pelan Pemakanan Untuk Pesakit Gout: Kumpulan 1

Kumpulan 1
MAKANAN MENGANDUNGI TINGGI PURIN
(150-825mg/100g) Perlu dielakkan



Ikan bilis

Ikan Bilis 
 Otak
Sardin
Hati
Kepah
Angsa
Kerang
Yis
Ikan Tenggiri
Buah Pinggang
Ekstrak Daging

Telur Ikan

Telur ikan



Artikel sebelumnya:
Artikel seterusnya: 



Sumber info:
Pegawai Dietetik
Hospital Negeri Kedah

Sumber gambar:





Isnin, 19 November 2012

Gout




Penyakit Gout adalah satu keadaan di mana berlakunya

gangguan metabolisma purin yang menyebabkan

pengumpulan asid urik yang berlebihan di dalam darah.




Penyakit gout biasanya berlaku selepas umur 35 tahun dan

dikaitkan dengan kegemukan. 




Oleh itu, pesakit disyorkan untuk mengelakkan makanan

yang tinggi kandungan purin supaya stres metabolisma

boleh dielakkan.




Artikel seterusnya:


Sumber info:
Pegawai Dietetik
Hospital Negeri Kedah

Sumber gambar:

Ahad, 18 November 2012

Kepentingan Penyusuan Mengikut Kemahuan Bayi



Penyusuan perlu dilakukan dengan kerap mengikut kemahuan bayi supaya:

1
Bayi akan mendapat kolustrum

2
Bekalan susu akan dihasilkan dengan cepat dan berterusan.

3
Berat badan bayi akan meningkat dengan cepat.

4
Bayi kurang risiko mengalami jaundis.

5
Bayi kurang menangis dan kurang desakan untuk memberikan susu gantian.

6
Ibu kurang mengalami bengkak payudara.

7
Penyusuan susu ibu dapat bertahan lebih lama.

8
Bayi perlu dikejutkan untuk penyusuan jika tidur terlalu lama.





Sumber gambar:

Sumber info:
Hospital Rakan Bayi
Hospital Sultanah Bahiyah
Alor Setar, Kedah
 

Kepentingan Bayi dan Ibu Diletakkan Bersama-sama 24 Jam Sehari



1
Ibu dapat memantau respon bayi sepanjang masa dan memahami bentuk rutin harian bayi.

2
Ibu bertambah yakin untuk menguruskan sendiri bayi dan penyusuan dapat diteruskan.

3
Bayi kurang menangis dan dapat tidur lena.


4
Bayi kurang mendapat risiko penyakit berbanding jika diletakkan di pusat asuhan.

5
Ibu lebih tenang dan dapat mengeratkan hubungan dengan bayi.



Artikel Sebelumnya:

Artikel Seterusnya:


Sumber gambar:
topnews.in

Sumber info:
Hospital Rakan Bayi
Hospital Sultanah Bahiyah
Alor Setar, Kedah
 

Apa Itu Kolustrum?



Susu yang pekat, melekit dan berwarna kekuningan yang dihasilkan semasa usia kandungan 7 bulan hingga beberapa hari selepas bersalin



  • Dihasilkan dalam kuantiti yang sedikit sesuai dengan saiz perut bayi. 

  • Mengandungi nutrien penting untuk pertumbuhan dan sistem pertahanan tubuh bayi.

  • Bertindak sebagai imunisasi pertama menentang bakteria.

  • Bertindak sebagai pelapik yang melindungi usus bayi daripada jangkitan.


  • Membantu pembentukan bakteria baik untuk sistem penghadaman bayi.


  • Membantu bayi mengeluarkan mekonium dengan segera bagi mencegah jaundis.



Kepentingan memulakan penyusuan awal:
  1. Memastikan kejayaan penyusuan susu ibu secara eksklusif.
  2. Memastikan bayi mendapat kolustrum ibu yang cukup.



Artikel sebelumnya:
Kepentingan Sentuhan Kulit ke Kulit Sejurus Selepas Bayi Dilahirkan

Artikel Seterusnya:


Sumber info:
Hospital Rakan Bayi
Hospital Sultanah Bahiyah
Alor Setar, Kedah


Majalah Rapi 15 November 2012


Nak tahu pasal Hepatitis B? Nak tahu kita boleh kurus tanpa karbohidrat tak? Nak tahu cara kecilkan paha? Nak tahu 2 idea cantik untuk fashionista bertudung? Kalau YA, sila dapatkan RAPI terbaru, 15 Nov. Hanis Zalikha berkongsi rahsia cantiknya dengan anda.


Sumber:

Tips Kesihatan dan Kebersihan Gigi



1
Elakkan makanan terlalu manis dan mudah melekat pada gigi.


2
Banyakkan pengambilan makanan kaya serat.


3
Hentikan merokok! Ia mengubah warna gigi dan mengakibatkan masalah mulut berbau.


4
Hentikan penggunaan pencungkil gigi.
Jika mahu membuang makanan yang terlekat di celah gigi, gunakan 'dental floss' untuk membersihkan celahan gigi dengan lebih berkesan.



5
Bersihkan mulut, gigi dan lidah dengan cecair kumuhan.
Selain itu, kotoran pada gigi dapat dihilangkan dengan menggerakkan otot lidah, bibir dan pipi.


6
Gosok gigi dua kali setiap hari.
Lebih baik lagi jika anda menggosok gigi setiap kali selepas makan.


7
Jangan lupa 'dating' dengan doktor gigi setiap tiga ke enam bulan sekali.




Sumber info:

Sumber gambar:

Khamis, 18 Oktober 2012

Majalah MIDI 15 Oktober 2012


Majalah Rapi 15 Oktober 2012