Memaparkan catatan dengan label lemak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lemak. Papar semua catatan

Selasa, 17 April 2012

44 Tip Diet Sederhana (Bahagian I)

Badan Langsing Hati Senang

Adakah anda sedang berjuang untuk mendapatkan bentuk badan ideal idaman anda?
Setiap orang mempunyai caranya yang tersendiri untuk menurunkan berat badan.
Berikut adalah tip-tip yang boleh anda jadikan panduan bagi mendapatkan bentuk badan yang diimpikan:
 
Tip 1
Makanlah secukupnya dan atur jumlah kalori secara bijaksana

Tip 2
Berpuasa sahaja tidak cukup untuk menurunkan berat badan

Tip 3
Potonglah buah-buahan yang anda gemar dalam potongan yang kecil-kecil untuk menggantikan snek yang tidak sihat.

Tip 4
Jangan ambil makanan ringan secara berlebihan kerana anda sendiri tidak akan sedar berapa banyak yang telah dimakan. Ambil dalam segenggan sahaja.

Tip 5
Sekiranya anda termasuk dalam golongan yang menggemari roti, pilihlah roti jenis 'wholegrain'.

Tip 6
Hindari makanan yang mengandungi lemak lebih daripada 10 peratus. Baca label nutrisi pada bungkusan makanan.

Tip 7
Catatlah makanan yang telah anda makan selama dua minggu. Percayalah anda akan terkejut!

Tip 8
Mentega mengandungi kandungan lemak yang tinggi.
Oleh itu, hindari atau gantikannya dengan yang rendah lemak.

Tip 9
Bawalah botol minuman walau ke mana pun anda pergi.
Dengan itu, tidak akan berlaku dehidrasi dan mengurangkan keinginan minuman yang manis.

Tip 10
Carilah pasangan untuk turut sama berdiet dengan anda.
Cara ini akan membuatkan anda berdua saling bermotivasi.

Tip 11
Kenalpasti kebiasaan buruk yang merosakkan program diet anda.
Jika anda gemar mengunyah roti sambil menuju ke gim, gantilah dengan snek yang lebih menyihatkan.

Sumber Info:

Sumber Gambar: Google Search

Ahad, 8 April 2012

Fakta Hebat untuk Pemakanan Seimbang


Saya tidak kenal anda dan tidak tahu tentang anda, tetapi bagi saya, saya memang amat sukakan makanan! Saya suka makan dan jika saya dapat makan makanan yang lazat dan benar-benar baik untuk saya maka saya akan berasakan seperti berada di syurga!

Bagi saya, caranya hanyalah dengan mengetahui apa yang baik untuk diri kita dan apa yang tidak.

Pernahkah anda terfikir apa yang terkandung dalam sesuatu makanan dan bagaimana ia boleh memberi manfaat kepada kesihatan kita?
Mari kita mulakan fakta pemakanan kita dengan mempelajari tentang makronutrien iaitu karbohidrat, protein dan lemak.

Karbohidrat, protein dan lemak dikenali sebagai makronutrien kerana ia diperlukan oleh tubuh kita dalam kuantiti yang besar.
Makronutrien ini dapat memberikan tenaga yang diperlukan oleh tubuh untuk terus hidup dan juga yang sangat diperlukan untuk metabolisme, pertumbuhan dan fungsi badan yang penting.
Kesemua nutrien ini adalah sama penting dan kita perlu makan nutrien-nutrien ini setiap hari untuk kesihatan yang baik.

Mikronutrien pula adalah vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh kita dalam kuantiti yang lebih kecil.

Maka sudah tentu air juga adalah nutrien yang penting untuk tubuh kita!

Setiap satu molekul yang terdapat dalam badan kita berasal dari makanan yang kita makan dan air yang kita minum.
Dengan makan makanan yang berkualiti tinggi dalam kuantiti yang betul boleh membantu tubuh kita untuk mencapai tahap optimum dalam mendapatkan tenaga, kesihatan yang baik dan bebas daripada penyakit.
 
Fakta-fakta nutrisi makanan inilah yang dapat membantu saya untuk mencapai pemakanan yang seimbang.
Walaupun mungkin nampak agak mustahil untuk kita mendapat pemakanan yang seimbang pada setiap waktu makan, tetapi jika kita melihat pada setiap satu hari secara keseluruhannya, sebenarnya tidaklah begitu sukar untuk kita memperolehi pemakanan yang seimbang dalam diet seharian kita.

Seperti yang kita pelajari sebentar tadi, diet kita terdiri daripada karbohidrat, protein dan lemak. Setiap satu nutrien adalah amat penting bagi kita dan tidak sepatutnya ditinggalkan!
Sememangnya adalah satu idea yang amat bagus untuk makan makanan yang mengandungi protein bersama karbohidrat kerana ini dapat membantu menyeimbangkan gula dalam darah dan membuatkan anda rasa kenyang untuk jangka masa yang lebih lama - iaitu cara yang sangat berkesan untuk mengekalkan berat badan yang sihat.
 
Gunakanlah panduan pemakanan ini untuk mendapatkan yang terbaik dalam setiap waktu makan anda!