Memaparkan catatan dengan label nak kurus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nak kurus. Papar semua catatan

Isnin, 9 Julai 2012

Seimbangkan Pemakanan dan Aktiviti Kecergasan

Gabungan antara aktiviti kecergasan dan kawalan selera makan membantu proses penurunan berat badan.
 
Sumber gambar: zastavki.com
 
Sebelum beraktiviti pada waktu pagi atau petang, disarankan mengambil makanan yang tidak terlalu berat, mengandungi karbohidrat, protein dan sedikit lemak seperti kekacang, keju, buah-buahan kering dan yogurt.

Sumber gambar: zkhanakhazana.wordpress.com
 
Kunyah makanan tersebut dalam saiz yang kecil sesaat sebelum makan.
 
Bagi yang gemar bersenam pada waktu pagi, elakkan perut kosong ketika bersenam bagi mengelakkan kecenderungan anda 'membalas dendam' untuk makan.


Sumber gambar: fitsit360.com


Sumber info:

Ahad, 8 Julai 2012

Kurus dengan Cepat dan Sihat..!

Ada cara lain untuk berdiet dan mengurangkan berat badan secara sihat dan mudah tanpa bantuan pil diet iaitu:


Kawal Saiz Hidangan
Tetapkan saiz hidangan ketika makan.
Anda dapat makan secara teratur sepanjang hari.
Ambil makanan dalam saiz yang kecil sehari dengan jarak dua hingga tiga jam bagi membantu meningkatkan metabolisme tubuh.
Anda tetap kenyang sepanjang hari.

sumber gambar: manitobahealthyliving.ca


Hindari Makanan Manis
Gula adalah musuh besar ketika diet baru bermula.
Atasi dengan memakan buah-buahan kegemaran anda.

sumber gambar: jijosworld.com


Air
Bagi mengurangkan air berlebihan dalam tubuh, minum banyak air setiap hari untuk membuang air yang disimpan oleh tubuh.

sumber gambar: malaysian-health-journal.blogspot.com


Aktif
Berseronoklah dengan anak-anak dan kawan-kawan anda, lakukan yoga, bersiar-siar atau lakukan permainan yang mencergaskan.





Sumber info: 

Selasa, 17 April 2012

44 Tip Diet Sederhana (Bahagian I)

Badan Langsing Hati Senang

Adakah anda sedang berjuang untuk mendapatkan bentuk badan ideal idaman anda?
Setiap orang mempunyai caranya yang tersendiri untuk menurunkan berat badan.
Berikut adalah tip-tip yang boleh anda jadikan panduan bagi mendapatkan bentuk badan yang diimpikan:
 
Tip 1
Makanlah secukupnya dan atur jumlah kalori secara bijaksana

Tip 2
Berpuasa sahaja tidak cukup untuk menurunkan berat badan

Tip 3
Potonglah buah-buahan yang anda gemar dalam potongan yang kecil-kecil untuk menggantikan snek yang tidak sihat.

Tip 4
Jangan ambil makanan ringan secara berlebihan kerana anda sendiri tidak akan sedar berapa banyak yang telah dimakan. Ambil dalam segenggan sahaja.

Tip 5
Sekiranya anda termasuk dalam golongan yang menggemari roti, pilihlah roti jenis 'wholegrain'.

Tip 6
Hindari makanan yang mengandungi lemak lebih daripada 10 peratus. Baca label nutrisi pada bungkusan makanan.

Tip 7
Catatlah makanan yang telah anda makan selama dua minggu. Percayalah anda akan terkejut!

Tip 8
Mentega mengandungi kandungan lemak yang tinggi.
Oleh itu, hindari atau gantikannya dengan yang rendah lemak.

Tip 9
Bawalah botol minuman walau ke mana pun anda pergi.
Dengan itu, tidak akan berlaku dehidrasi dan mengurangkan keinginan minuman yang manis.

Tip 10
Carilah pasangan untuk turut sama berdiet dengan anda.
Cara ini akan membuatkan anda berdua saling bermotivasi.

Tip 11
Kenalpasti kebiasaan buruk yang merosakkan program diet anda.
Jika anda gemar mengunyah roti sambil menuju ke gim, gantilah dengan snek yang lebih menyihatkan.

Sumber Info:

Sumber Gambar: Google Search

Khamis, 13 Oktober 2011

Saya dah cuba tapi masih tak berjaya kurus...kenapa...?



 "Saya betul2 serius nak kurus, semua dah saya lakukan tetapi kenapa saya masih belum kurus?"
kata Puan A.


Bermacam2 cara Puan A dah cuba. Antaranya:
1. Makan pil kurus
2. Mengurangkan kuantiti makanan
3. Memilih untuk tidak bersarapan/makan tengahari/mkn malam
4. Bersenam hampir setiap hari
5. Tidak makan nasi selama beberapa bulan



Walau bagaimanapun, Puan A terpaksa menanggung risiko berikut:
1. Penurunan yang cepat & banyak tetapi berat naik semula 2 kali ganda; risiko sakit buah pinggang akibat kesan sampingan pil kurus
2. Cepat letih kerana tidak cukup nutrisi
3. Makan dengan banyak apabila sampai waktu makan yang seterusnya
4. Penurunan yang sedikit @ berat semakin bertambah kerana makan lebih banyak selepas bersenam; tulang cedera kerana tidak dapat menampung berat yang berlebihan apabila bersenam
5. Badan kekurangan zat karbohidrat; Nasi diganti dengan makanan lain yang tinggi kalori menyebabkan berat tidak turun



Apakah penyelesaiannya...?

Jika Puan A benar2 serius untuk menurunkan berat badannya, ada beberapa cara yang Puan A boleh lakukan iaitu:
1. Ganti sarapan pagi dengan makanan seimbang yang enak & rendah kalori
2. Minum air secukupnya
3. Makan tengahari seperti biasa
4. Ganti makan malam dengan makanan seimbang yang enak & rendah kalori

Kesan yang Puan A akan dapat:
1. Badan lebih bertenaga
2. Mendapat nutrisi seimbang yang diperlukan oleh tubuh
3. Penurunan berat secara semulajadi, berkesan dan sihat




****************
Kami menyediakan makanan seimbang yang enak & rendah kalori
untuk anda.

****************


Sumber imej: Google Search