Memaparkan catatan dengan label sihat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sihat. Papar semua catatan

Selasa, 16 April 2013

Panduan Untuk Menikmati Lebih Buah dan Sayur


Makan sekurang-kurangnya 1/2 cawan sayur pada setiap waktu makan.

Makan sekurang-kurangnya satu hidangan buah pada setiap waktu makan.

Pelbagaikan jenis buah dan sayur.


Pilih hidangan yang mengandungi buah dan sayur (Contoh: nasi kerabu, nasi ulam, puding buah, rojak buah/sayur, pecal).

Jadikan buah sebagai snek.

Makanlah ulam atau salad bersama hidangan anda.





Sumber info:
Pegawai Dietetik
Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Sumber gambar:

Isnin, 15 April 2013

Apakah Itu Pemakanan Sihat?


Makan pelbagai jenis makanan, sedikit dari setiap jenis, supaya tubuh kita memperolehi kesemua zat makanan yang diperlukan.


Makan mengikut keperluan.


Makan lebih sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijirin penuh untuk menambah pengambilan serat.


Mengurangkan pengambilan lemak, gula dan garam. 



Sumber info:
Pegawai Dietetik
Hospital Sultanah Bahiyah

Sumber gambar:

Selasa, 17 April 2012

44 Tip Diet Sederhana (Bahagian I)

Badan Langsing Hati Senang

Adakah anda sedang berjuang untuk mendapatkan bentuk badan ideal idaman anda?
Setiap orang mempunyai caranya yang tersendiri untuk menurunkan berat badan.
Berikut adalah tip-tip yang boleh anda jadikan panduan bagi mendapatkan bentuk badan yang diimpikan:
 
Tip 1
Makanlah secukupnya dan atur jumlah kalori secara bijaksana

Tip 2
Berpuasa sahaja tidak cukup untuk menurunkan berat badan

Tip 3
Potonglah buah-buahan yang anda gemar dalam potongan yang kecil-kecil untuk menggantikan snek yang tidak sihat.

Tip 4
Jangan ambil makanan ringan secara berlebihan kerana anda sendiri tidak akan sedar berapa banyak yang telah dimakan. Ambil dalam segenggan sahaja.

Tip 5
Sekiranya anda termasuk dalam golongan yang menggemari roti, pilihlah roti jenis 'wholegrain'.

Tip 6
Hindari makanan yang mengandungi lemak lebih daripada 10 peratus. Baca label nutrisi pada bungkusan makanan.

Tip 7
Catatlah makanan yang telah anda makan selama dua minggu. Percayalah anda akan terkejut!

Tip 8
Mentega mengandungi kandungan lemak yang tinggi.
Oleh itu, hindari atau gantikannya dengan yang rendah lemak.

Tip 9
Bawalah botol minuman walau ke mana pun anda pergi.
Dengan itu, tidak akan berlaku dehidrasi dan mengurangkan keinginan minuman yang manis.

Tip 10
Carilah pasangan untuk turut sama berdiet dengan anda.
Cara ini akan membuatkan anda berdua saling bermotivasi.

Tip 11
Kenalpasti kebiasaan buruk yang merosakkan program diet anda.
Jika anda gemar mengunyah roti sambil menuju ke gim, gantilah dengan snek yang lebih menyihatkan.

Sumber Info:

Sumber Gambar: Google Search

Ahad, 8 Januari 2012

Salam 2012



Tahun 2012 kembali lagi.
Setiap awal tahun, akan ada azam baru yang tersemat di dada.
Apa agaknya azam tahun baru anda?
Nak pendapatan lumayan?
Nak lebih langsing?
Nak berjaya dalam kerjaya?

Hmmm...azam tahun baru saya pada tahun ini antaranya adalah untuk menolong lebih ramai orang untuk mencapai tahap kesihatan yang lebih baik.
Dalam masa yang sama saya juga dapat meningkatkan bisnes saya ke tahap yang lebih baik lagi.

Kalau pendapatan sampingan pun boleh mencecah ribuan ringgit sebulan, kenapa nak tunggu lagi kan?