Memaparkan catatan dengan label susu ibu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label susu ibu. Papar semua catatan

Ahad, 9 Disember 2012

Posisi Penyusuan Dan Pelekapan Yang Betul






Posisi Ibu

1
Mengikut keselesaan ibu

2
Bahagian belakang, kaki dan payudara diampu (jika perlu)


 

Posisi Bayi

1
Badan bayi lurus

2
Bawa badan bayi rapat ke badan ibu, muka bayi menghadap payudara dan hidung setentang puting ibu

3
Kepala dan bahu bayi diampu

4
Bayi baru lahir/pramatang, keseluruhan badannya mestilah diampu




Artikel sebelumnya:




Sumber info:
Hospital Rakan Bayi
Hospital Sultanah Bahiyah
Alor Setar, Kedah


Sumber gambar:

Laman web menarik:

Selasa, 27 November 2012

Kepentingan Penyusuan Dengan Kerap Supaya Bayi Mendapat Cukup Susu



1
Susukan bayi dengan kerap sekurang-kurangnya 8-12 kali sehari bukannya mengikut jam

2
Susukan bayi pada waktu malam

3
Perah susu ibu selepas menyusukan bayi sekiranya masih ada susu

4
Jangan beri bayi menghisap puting tiruan

5
Jika ibu bekerja, beri penyusuan secara terus dari payudara sebelum ke tempat kerja dan lakukan sedemikian sebaik kembali ke rumah

6
Semasa menyusukan bayi pada satu payudara, gunakan pam bagi memerah payudara di sebelah satu lagi untuk membuat stok bekalan susu

7
Perah susu di tempat kerja



8
Susukan bayi secara terus dari payudara pada waktu tidak bekerja

9
Ibu perlu mendapatkan makanan dan minuman berkhasiat serta rehat yang mencukupi




Artikel sebelumnya:



Sumber gambar:


Sumber info:
Hospital Rakan Bayi
Hospital Sultanah Bahiyah
Alor Setar, Kedah

Ahad, 18 November 2012

Kepentingan Penyusuan Mengikut Kemahuan Bayi



Penyusuan perlu dilakukan dengan kerap mengikut kemahuan bayi supaya:

1
Bayi akan mendapat kolustrum

2
Bekalan susu akan dihasilkan dengan cepat dan berterusan.

3
Berat badan bayi akan meningkat dengan cepat.

4
Bayi kurang risiko mengalami jaundis.

5
Bayi kurang menangis dan kurang desakan untuk memberikan susu gantian.

6
Ibu kurang mengalami bengkak payudara.

7
Penyusuan susu ibu dapat bertahan lebih lama.

8
Bayi perlu dikejutkan untuk penyusuan jika tidur terlalu lama.





Sumber gambar:

Sumber info:
Hospital Rakan Bayi
Hospital Sultanah Bahiyah
Alor Setar, Kedah
 

Kepentingan Bayi dan Ibu Diletakkan Bersama-sama 24 Jam Sehari



1
Ibu dapat memantau respon bayi sepanjang masa dan memahami bentuk rutin harian bayi.

2
Ibu bertambah yakin untuk menguruskan sendiri bayi dan penyusuan dapat diteruskan.

3
Bayi kurang menangis dan dapat tidur lena.


4
Bayi kurang mendapat risiko penyakit berbanding jika diletakkan di pusat asuhan.

5
Ibu lebih tenang dan dapat mengeratkan hubungan dengan bayi.



Artikel Sebelumnya:

Artikel Seterusnya:


Sumber gambar:
topnews.in

Sumber info:
Hospital Rakan Bayi
Hospital Sultanah Bahiyah
Alor Setar, Kedah
 

Apa Itu Kolustrum?



Susu yang pekat, melekit dan berwarna kekuningan yang dihasilkan semasa usia kandungan 7 bulan hingga beberapa hari selepas bersalin



  • Dihasilkan dalam kuantiti yang sedikit sesuai dengan saiz perut bayi. 

  • Mengandungi nutrien penting untuk pertumbuhan dan sistem pertahanan tubuh bayi.

  • Bertindak sebagai imunisasi pertama menentang bakteria.

  • Bertindak sebagai pelapik yang melindungi usus bayi daripada jangkitan.


  • Membantu pembentukan bakteria baik untuk sistem penghadaman bayi.


  • Membantu bayi mengeluarkan mekonium dengan segera bagi mencegah jaundis.



Kepentingan memulakan penyusuan awal:
  1. Memastikan kejayaan penyusuan susu ibu secara eksklusif.
  2. Memastikan bayi mendapat kolustrum ibu yang cukup.



Artikel sebelumnya:
Kepentingan Sentuhan Kulit ke Kulit Sejurus Selepas Bayi Dilahirkan

Artikel Seterusnya:


Sumber info:
Hospital Rakan Bayi
Hospital Sultanah Bahiyah
Alor Setar, Kedah


Jumaat, 10 Ogos 2012

Kepentingan Sentuhan Kulit ke Kulit Sejurus Selepas Bayi Dilahirkan

Artikel sebelumnya: Faedah Penyusuan Susu Ibu Kepada Ibu





Sebaik sahaja bayi dilahirkan, sentuhan kulit bayi ke kulit ibu akan dilakukan selama sekurang-kurangnya 10 minit hingga ke 1 jam bertujuan supaya:

  • Bayi anda tidak kesejukan dan berada dalam keadaan tenang
  • Hubungan antara ibu dan bayi dapat dibentuk untuk membantu memulakan penyusuan
  • Bayi memahami bahawa payudara ibu adalah tempat yang selamat
  • Bayi dapat menyesuaikan metabolisma dan menstabilkan glukosa darahnya



Artikel seterusnya:


Sumber info:
Hospital Rakan Bayi
Hospital Sultanah Bahiyah
Alor Setar, Kedah

Sumber gambar:
lovingyourchild.com

Rabu, 8 Ogos 2012

Faedah Penyusuan Susu Ibu Kepada Ibu

Artikel sebelumnya: Juvenile Onset Diabetes (Diabetes Jenis 1)





Penyusuan susu ibu:

  • Membantu pengecutan rahim dan mengelakkan anemia dan tumpah darah
  • Mengurangkan risiko barah payudara dan barah ovari
  • Membantu menurunkan berat badan ketika hamil dengan gabungan penjagaan diet dan senaman
  • Menjarakkan kehamilan
  • Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
  • Menjimatkan perbelanjaan keluarga



Sumber info:
Hospital Rakan Bayi
Hospital Sultanah Bahiyah
Alor Setar, Kedah

Sumber gambar:
liveindia.tv

Isnin, 6 Ogos 2012

Faedah Penyusuan Susu Ibu Kepada Bayi

Artikel sebelumnya: Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia







Susu ibu:
  • Membekalkan pemakanan yang ideal untuk bayi anda
  • Melindungi bayi anda dari jangkitan
  • Mencegah sebahagian daripada punca kematian bayi
  • Mengurangkan risiko alahan kepada bayi
  • Mengurangkan risiko JUVENILE-ONSET DIABETES
  • Mudah dihadam
  • Mengurangkan risiko obesiti dewasa dan di lewat usia
  • Sedia diminum dan sentiasa menepati keperluan bayi





Sumber info:
Hospital Rakan Bayi
Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar

Sumber gambar:
o5.com 

Ahad, 5 Ogos 2012

Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia

Sempena kempen penyusuan susu ibu di Hospital Rakan Bayi, Nutrisihat Alami akan memaparkan artikel-artikel berkenaan penyusuan susu ibu untuk tatapan bersama. Berikut merupakan polisi penyusuan susu ibu di Malaysia.




"Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir hingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai usia dua tahun.
Makanan pelengkap perlu diberi mulai usia 6 bulan."


Sumber info:
Hospital Rakan Bayi
Hospital Sultanah Bahiyah 
Alor Setar, Kedah.

Sumber gambar:
bengkungmoden.com