Memaparkan catatan dengan label makanan seimbang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makanan seimbang. Papar semua catatan

Selasa, 16 April 2013

Panduan Untuk Menikmati Lebih Buah dan Sayur


Makan sekurang-kurangnya 1/2 cawan sayur pada setiap waktu makan.

Makan sekurang-kurangnya satu hidangan buah pada setiap waktu makan.

Pelbagaikan jenis buah dan sayur.


Pilih hidangan yang mengandungi buah dan sayur (Contoh: nasi kerabu, nasi ulam, puding buah, rojak buah/sayur, pecal).

Jadikan buah sebagai snek.

Makanlah ulam atau salad bersama hidangan anda.





Sumber info:
Pegawai Dietetik
Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Sumber gambar:

Isnin, 15 April 2013

Apakah Itu Pemakanan Sihat?


Makan pelbagai jenis makanan, sedikit dari setiap jenis, supaya tubuh kita memperolehi kesemua zat makanan yang diperlukan.


Makan mengikut keperluan.


Makan lebih sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijirin penuh untuk menambah pengambilan serat.


Mengurangkan pengambilan lemak, gula dan garam. 



Sumber info:
Pegawai Dietetik
Hospital Sultanah Bahiyah

Sumber gambar:

Isnin, 10 Oktober 2011

Ada apa pada makanan seimbang?

Kadang2 saya tertanya2 sendiri kenapa makanan seimbang sangat perlu untuk diri kita?
Dan apakah makanan yang betul2 seimbang?




 Apa yang saya tau, makanan seimbang mengandungi semua khasiat yang diperlukan oleh tubuh kita.Tetapi yang menjadi persoalannya, di mana & bagaimana kita boleh mendapatkan makanan seimbang yang berkhasiat ini?


 Kita seringkali disogokkan dengan bermacam2 artikel melalui emel & facebook tentang bahaya tanaman yang menggunakan racun perosak, haiwan yang dicucuk dengan perangsang tumbesaran untuk mempercepatkan tumbesaran dan juga barangan kosmetik yang mengandungi racun atau bahan kimia berbahaya.

Jika info dalam artikel2 tersebut benar2 berlaku, di manakah kita boleh mendapatkan makanan seimbang yang benar2 berkhasiat dan halal?

Jika ada pun makanan seimbang seperti ini, berapa ramaikah yang berminat untuk mengamalkannya?
 

Mungkin ramai yang tidak acuhkan tentang makanan seimbang kerana tidak tahu atau tidak peduli tentang kelebihannya kepada kesihatan kita.

Apabila saya baca artikel2 yang memaparkan info2 berkenaan kesihatan, majoritinya adalah berkaitan pemakanan yang seimbang untuk kesejahteraan kesihatan kita.


 Hmmm...cuba kita tinjau kembali gaya pemakanan kita pada hari ini.
Adakah pemakanan kita seimbang atau dipenuhi dengan lemak2 & racun2 yang sukar diproses oleh badan?
Adakah kita akan teruskan makan lemak2 & racun2 ini & cuma berhenti setelah disahkan menghidap penyakit kronik?




***
Menu saya pagi ini: Makanan seimbang
***