Ahad, 9 Disember 2012

Derma Darah: Apa Yang Perlu Anda Tahu



Keinginan anda untuk menderma darah amatlah kami hargai.
Namun anda hanya layak menderma sekiranya anda seorang penderma berisiko rendah.

Berisiko rendah bermaksud pendermaan darah tidak akan memudaratkan diri anda atau darah yang anda dermakan tidak tercemar dengan virus penyakit boleh berjangkit melalui pemindahan darah seperti hepatitis B dan C, HIV dan sifilis.

Sekiranya anda seorang penderma darah, amalkan cara hidup sihat dan elakkan diri anda dari terlibat dengan aktiviti berikut:

  • Mengamalkan hubungan seks sejenis (homoseksual).


  • Mengamalkan hubungan seks dengan kedua-dua jantina (biseksual).


  • Bertukar pasangan seks.


  • Pelacur atau melanggani pelacur.

  • Mengambil dadah serta berkongsi jarum suntikan.






Artikel seterusnya:



Sumber info:
Jabatan Perubatan Transfusi
Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
Tel/Faks: 04.740.6266

Sumber gambar:
koding-kn.blogspot.com
gearjunkie.com 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan