Rabu, 28 November 2012

Merokok dan Kesannya terhadap Jantung dan Saluran Darah Anda


1
Merokok merupakan penyebab kepada 40% penyakit jantung dan strok di kalangan mereka di bawah 65 tahun

2
Perokok adalah 4 X berisiko mati akibat serangan jantung berbanding bukan perokok

3
Mereka yang terdedah kepada asap rokok pasif (asap rokok persekitaran) juga mempunyai risiko yang lebih tinggi terhadap serangan jantung

4
Tabiat merokok mengakibatkan anda membawa masuk pelbagai jenis bahan beracun ke dalam tubuh badan anda melalui paru-paru dan seterusnya diserap ke dalam sistem peredaran darah anda



5
Bahan-bahan ini akan mengecilkan saluran darah anda, meyebabkan alirannya tidak lancar dan meningkatkan kemungkinan mendapan bahan-bahan berlemak dan boleh menyebabkan saluran darah menjadi lebih sempit, malah boleh tersumbat



6
Tekanan darah anda juga meningkat, dan jantung anda terpaksa bekerja lebih kuat untuk mengatasi tekanan ini supaya darah dapat dihantar ke seluruh tubuh anda

7
Karbon monoksida yang diserap masuk dari asap rokok yang anda sedut, akan merosakkan Haemoglobin dalam sel darah merah anda dan menyebabkannya kurang berupaya mengangkut oksigen. Oleh itu, kandungan oksigen dalam badan anda berkurangan.



8
Kesemua ini menyebabkan jantung anda bekerja dengan lebih kuat, menghasilkan denyutan yang tidak normal dan memungkinkan serangan jantung.

9
Gangguan aliran darah ke otak pula meyebabkan serangan strok

10
Strok menyebabkan sebahagian badan anda lumpuh


11
Serangan jantung dan strok boleh menyebabkan kematian





Sumber info:
Unit Kawalan Tembakau
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia

Sumber gambar:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan