Ahad, 3 Jun 2012

Enzim Cintai Alam Sekitar (Bahagian I)

Alami amat tertarik dengan satu kempen kesedaran alam sekitar yang diadakan oleh sebuah
kedai perabot ini. Nama kedai perabot ini ialah Big Ship. Apabila masuk ke dalam kedainya, kelihatan di suatu sudut terdapat berbotol-botol cecair berwarna kuning pekat. Di sudut yang lain terdapat satu tong besar yang bertutup. Dalam hati Alami tertanya-tanya cecair apakah ini? Ginseng kah? atau teh bunga? 



Apabila Alami bertanya kepada tuan kedai baru lah dia dengan ramah menerangkan kepada
kami. Rupa-rupanya ia merupakan enzim yang boleh membantu mengurangkan pencemaran
alam sekitar. Selain boleh mengelakkan timbunan sampah, enzim ini boleh digunakan untuk
menggantikan sabun cucian seharian kita.


Asal Usul Enzim Cintai Alam Sekitar Dr. Rosukon


Dr. Rosukon dari negara Thailand telah menghabiskan masa melebihi 30 tahun untuk mencipta "Garbage Enzyme" ataupun "Enzim Sampah Sarap".

Kini, enzim ini dikenali sebagai Enzim Cintai Alam Sekitar kerana ia mempunyai keupayaan
menghilangkan bahan kimia yang terkandung dalam bahan pencuci yang kita gunakan dalam
kehidupan seharian kita.

Dr. Rosukon telah mengemukakan formula yang dicipta beliau kepada mayarakat awam kerana beliau menyedari bahawa kita hanya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar sekiranya setiap manusia menyedari akan kebaikan enzim ini serta membuat dan menggunakan enzim ini dalam kehidupan seharian kita. Dengan demikian, barulah kita dapat hidup dalam alam sekitar yang dijauhi bahan kimia dan hidup dalam alam sekitar yang tidak tercemar.

Enzim Cintai Alam Sekitar yang dicipta oleh Dr. Rosukon mengandungi rantai protein, di mana rantai protein ini terdiri daripada oksigen, karbon dioksida, vitamin, bahan mineral dan hormon. Proses membuat enzim ini tidak melibatkan bahan kimia. Enzim ini berupaya mengawal kuman daripada merebak.
Sumber Info:
Big Ship
Teluk Kechai, Jalan Kuala Kedah
04-762 6399

Sumber gambar:
http://www.enzymesos.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan