- Burger yang anda anggap "penyelamat" kala perut menjerit kelaparan itu mengandungi lebih dari 35 peratus kandungan LEMAK.
- Sandwich atau burger yang diletakkan keju amat berlemak. Tetapi tahukah anda bahawa bukan semua keju yang ada di pasaran itu adalah keju. Pelik bukan?
Kebanyakan keju hanyalah merupakan cebisan keju yang bercampur dengan garam, gula, bahan perasa, asid laktik, pengawet, pewarna dan segala macam bahan yang tidak sihat.
- Peminat kentang goreng berjaga-jagalah! Ramai yang mengatakan kentang goreng adalah lebih baik daripada ban (roti) tepung gandum. Salah tu! Kentang goreng dibiarkan terendam dalam lemak tepu dan disediakan separa masak sebelum dibungkus. Kemudian, anda pula menggorengnya dalam minyak. Bayangkan berapa banyak kolesterol yang terkandung dalam kentang goreng anda itu? Lama kelamaan, anda berisiko mendapat serangan jantung.
Purata lemak dalam satu hidangan adalah antara 11 hingga 16 gram LEMAK.
Sumber Info: Majalah Rapi
Sumber Gambar: Doctor Tipster
Tiada ulasan:
Catat Ulasan