Rabu, 28 Mac 2012

Fakta Menarik Tentang Kenaikan Berat Badan

Ingin tahu fakta di sebalik kenaikan berat anda?

Fakta Menarik 1

Tahukah anda bahawa kajian di Amerika Syarikat pada tahun 2008 
mendapati bahawa 
berat setiap wanita akan naik purata 5.4kg 
selepas usianya menjangkau 25 tahun sehinggalah 40 tahun.

Kenapa?

Perubahan arus kehidupan dikenal pasti sebagai puncanya!


Fakta Menarik 2

Individu dewasa yang mempunyai berat ideal
mempunyai kira-kira 40 juta sel lemak
manakala
individu dewasa yang obes pula
mempunyai hampir 120 juta sel lemak.
Banyaknya!!!



Fakta menarik 3

Kajian di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa
tidak semua obes itu tidak sihat.
Apa yang penting dalam menilai individu yang obes adalah
di mana tempat terkumpulnya lemak terbabit.

Awas untuk si kurus!
Walaupun anda kurus tetapi
jika perut atau paha anda berlebihan kandungan lemaknya
maka anda juga berisiko untuk diserang pelbagai penyakit.



Sumber info:

Sumber gambar:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan