Ahad, 8 April 2012

Siapakah yang tergolong sebagai OBES?

Satu
Mempunyai indeks jisim tubuh (BMI)
35 sehingga 40 ke atas


Dua
Berat badan anda adalah
dua kali lebih berat 
daripada berat ideal tubuh anda


Tiga
Gagal mendapatkan berat badan yang ideal 
dalam tempoh masa yang panjang
walaupun sudah mencuba pelbagai rutin diet seimbang
yang disarankan oleh pakar dietetik


Empat
Anda berlebihan berat badan 
dan menghidap penyakit berkaitan seperti kencing manis
dan tekanan darah tinggi 



Sumber: Majalah Rapi

Fakta Hebat untuk Pemakanan Seimbang


Saya tidak kenal anda dan tidak tahu tentang anda, tetapi bagi saya, saya memang amat sukakan makanan! Saya suka makan dan jika saya dapat makan makanan yang lazat dan benar-benar baik untuk saya maka saya akan berasakan seperti berada di syurga!

Bagi saya, caranya hanyalah dengan mengetahui apa yang baik untuk diri kita dan apa yang tidak.

Pernahkah anda terfikir apa yang terkandung dalam sesuatu makanan dan bagaimana ia boleh memberi manfaat kepada kesihatan kita?
Mari kita mulakan fakta pemakanan kita dengan mempelajari tentang makronutrien iaitu karbohidrat, protein dan lemak.

Karbohidrat, protein dan lemak dikenali sebagai makronutrien kerana ia diperlukan oleh tubuh kita dalam kuantiti yang besar.
Makronutrien ini dapat memberikan tenaga yang diperlukan oleh tubuh untuk terus hidup dan juga yang sangat diperlukan untuk metabolisme, pertumbuhan dan fungsi badan yang penting.
Kesemua nutrien ini adalah sama penting dan kita perlu makan nutrien-nutrien ini setiap hari untuk kesihatan yang baik.

Mikronutrien pula adalah vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh kita dalam kuantiti yang lebih kecil.

Maka sudah tentu air juga adalah nutrien yang penting untuk tubuh kita!

Setiap satu molekul yang terdapat dalam badan kita berasal dari makanan yang kita makan dan air yang kita minum.
Dengan makan makanan yang berkualiti tinggi dalam kuantiti yang betul boleh membantu tubuh kita untuk mencapai tahap optimum dalam mendapatkan tenaga, kesihatan yang baik dan bebas daripada penyakit.
 
Fakta-fakta nutrisi makanan inilah yang dapat membantu saya untuk mencapai pemakanan yang seimbang.
Walaupun mungkin nampak agak mustahil untuk kita mendapat pemakanan yang seimbang pada setiap waktu makan, tetapi jika kita melihat pada setiap satu hari secara keseluruhannya, sebenarnya tidaklah begitu sukar untuk kita memperolehi pemakanan yang seimbang dalam diet seharian kita.

Seperti yang kita pelajari sebentar tadi, diet kita terdiri daripada karbohidrat, protein dan lemak. Setiap satu nutrien adalah amat penting bagi kita dan tidak sepatutnya ditinggalkan!
Sememangnya adalah satu idea yang amat bagus untuk makan makanan yang mengandungi protein bersama karbohidrat kerana ini dapat membantu menyeimbangkan gula dalam darah dan membuatkan anda rasa kenyang untuk jangka masa yang lebih lama - iaitu cara yang sangat berkesan untuk mengekalkan berat badan yang sihat.
 
Gunakanlah panduan pemakanan ini untuk mendapatkan yang terbaik dalam setiap waktu makan anda!

Isnin, 2 April 2012

Ada apa dengan Makanan Segera aka Fast Food?


  • Burger yang anda anggap "penyelamat" kala perut menjerit kelaparan itu mengandungi lebih dari 35 peratus kandungan LEMAK.
  •  Sandwich atau burger yang diletakkan keju amat berlemak. Tetapi tahukah anda bahawa bukan semua keju yang ada di pasaran itu adalah keju. Pelik bukan?
    Kebanyakan keju hanyalah merupakan cebisan keju yang bercampur dengan garam, gula, bahan perasa, asid laktik, pengawet, pewarna dan segala macam bahan yang tidak sihat.
  • Peminat kentang goreng berjaga-jagalah! Ramai yang mengatakan kentang goreng adalah lebih baik daripada ban (roti) tepung gandum. Salah tu! Kentang goreng dibiarkan terendam dalam lemak tepu dan disediakan separa masak sebelum dibungkus. Kemudian, anda pula menggorengnya dalam minyak. Bayangkan berapa banyak kolesterol yang terkandung dalam kentang goreng anda itu? Lama kelamaan, anda berisiko mendapat serangan jantung.
    Purata lemak dalam satu hidangan adalah antara 11 hingga 16 gram LEMAK.




Sumber Info: Majalah Rapi
Sumber Gambar: Doctor Tipster