Memaparkan catatan dengan label keracunan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label keracunan. Papar semua catatan

Isnin, 7 Oktober 2013

Jangkitan Bakteria Salmonella


Hampir semua jenis makanan atau minuman boleh membawa bakteria yang menyebabkan jangkitan salmonella terutamanya daging dan telur.

Bakteria salmonella memulakan kitaran hidupnya di usus kecil manusia.
Dalam kes yang kritikal, bakteria ini menembusi ke dalam aliran darah dan boleh menyebabkan kamatian jika tidak dirawat dengan segera.  

Simptom-simptom
Dalam masa 12 - 72 jam
Pening, muntah, demam, cirit-birit, sakit perut

Dalam masa 4 - 7 hari
Keadaan menjadi lebih teruk, kebanyakan orang pulih tanpa dirawat

Keadaan yang teruk boleh berlaku kepada bayi, warga tua dan mereka yang kurang sihat/kurang imun




Sumber gambar:

Ahad, 6 Oktober 2013

Hati-hati Dengan Bakteria Salmonella


Berhati-hatilah dengan penyediaan makanan kita seharian. Kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kita sebagai langkah pencegahan. Perkara ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja jika tiada langkah kawalan kebersihan yang boleh mengundang risiko hal ini terjadi. Jadi, berhati-hatilah.

 


Ayam masak merah tercemar bakteria Salmonella punca keracunan di kenduri kahwin

October 02, 2013

Hidangan ayam masak merah yang dihidangkan dalam kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Sungai Petani, Kedah Sabtu lalu dicemari bakteria Salmonella, menyebabkan empat kematian dan ratusan lagi keracunan makanan setakat ini.
Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah, Dr Ismail Abu Taat, berkata bakteria itu ditemui dalam spesimen hasil bedah siasat ke atas mangsa dan sampel yang diperoleh dari tempat kejadian.

Katanya, siasatan awal mendapati ayam yang digunakan untuk majlis perkahwinan itu tidak disimpan dengan baik dan dibiar pada suhu bilik selama semalaman, sebelum dimasak pada hari kenduri.

Beliau berkata, berdasarkan keterangan tuan rumah, kira-kira 130 ekor ayam dibeli pada Jumaat dan digoreng sebelum disimpan di dalam sebuah bilik pada suhu biasa.

"Ini menyebabkan ayam tersebut dicemari dan dijangkiti bakteria Salmonella. Ayam itu berbau bila hendak dimasak keesokan harinya, tetapi tuan rumah mahu memasaknya kerana bimbang makanan untuk tetamu tidak mencukupi," katanya pada sidang media di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), petang semalam.

Dr Ismail berkata, mangsa yang makan makanan tercemar itu tidak mengalami simptom keracunan pada kadar segera sebaliknya bakteria Salmonella hanya meragam selepas lebih 12 jam sebelum menjadi keracunan, menyebabkan mangsa mengalami cirit-birit, loya, muntah, perut memulas dan kehilangan air dalam badan secara teruk.


Untuk artikel penuh sila lihat artikel Ayam masak merah tercemar bakteria Salmonella punca keracunan di kenduri kahwin



Sumber gambar:
www.cbsnews.com