Selasa, 16 Oktober 2012

Masa Untuk... Kurangkan Gula!

Jom kurangkan gula...!

Mungkin anda sudah mengubah tabiat meminum minuman manis setiap hari, tetapi adakah itu satu jaminan bahawa anda telah bebas daripada masalah gula berlebihan dalam badan?

Ikuti laporan jurnal oleh American Heart Association (AHA) yang menyentuh mengenai kandungan gula dalam makanan.




  • Kajian mendapati kebanyakan gula yang diambil adalah daripada minuman berkarbonat dan gula-gula. Seseorang itu akan mendapat lebih kurang 355 kalori daripada dua tin soda dan sepapan coklat.


  • Bagi wanita, sebaik-baiknya mengambil gula tidak melebihi enam sudu teh sehari. Ini bersamaan dengan 100 kalori daripada gula (termasuk pemanis dan sirap) yang ditambahkan semasa proses penyediaan makanan.



  • Berhati-hati dengan kandungan yogurt yang dimakan kerana 227 gram yogurt berperisa buah-buahan mengandungi lebih kurang enam sudu teh gula, manakala 227 gram susu coklat rendah lemak pula mengandungi empat sudu teh gula.


  • Ketahuilah bahawasanya nama ganti untuk gula yang tertera pada label makanan adalah fruktosa, dekstrosa, sirap tebu dan sebagainya.










Sumber info: Facebook Majalah Rapi


Sumber gambar:
wallcoo.net
insiderbarcelona.com

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan