Mengapa saya perlu menderma darah?
Setiap hari darah diperlukan untuk menyelamatkan nyawa.
Darah mungkin diperlukan untuk pembedahan, mangsa kemalangan atau merawat pesakit leukimia, barah, penyakit jantung, penyakit hati dan hemofilia.
Sumbangan anda mungkin menyelamatkan nyawa.
Adakah saya layak untuk menderma darah?
Ya.
Jika anda berumur 18 tahun ke atas & mempunyai berat badan melebihi 45kg.
Pada amnya, pengambilan ubat tidak menjadi halangan untuk menderma darah kerana penerimaan & penolakan berdasarkan laporan perubatan.
Sekiranya anda mengambil sebarang ubat, sila beritahu sebelum menderma darah.
Adakah saya cukup sihat untuk menderma darah?
Anda harus cukup sihat jika anda hendak menderma darah.
Kesihatan & keselamatan anda amat penting bagi kami.
Anda akan diminta untuk mengisi borang persetujuan menderma darah di mana sejarah perubatan akan disoal.
Tekanan darah & setitik darah akan diambil untuk ujian hemoglobin.
Semua maklumat yang diberi oleh anda adalah sulit.
Sumber info:
Unit Transfusi
dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Kesihatan
Hospital Alor Setar, Kedah Darul Aman 2006
Sumber gambar:
mirror.co.uk
dreamstime.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan