Isnin, 17 Oktober 2011

Kedua2nya adalah Keperluan, yang Mana Patut Saya Dahulukan?


Antara kehendak & keperluan, mestilah kita dahulukan keperluan berbanding kehendak (seperti yang saya ceritakan pada artikel semalam).

Bagaimana pula jika kedua2nya adalah keperluan?

Saya pernah didatangkan dengan masalah seperti ini baru2 ini.
Kita semua sedia maklum bahawa telefon bimbit adalah satu keperluan pada masa kini.
Saya pula amat memerlukan telefon untuk menghubungi keluarga & juga keperluan kerja.

Pada suatu hari, telefon saya rosak akibat terkena air hujan. Langsung tidak boleh dihidupkan.
Pada masa itu saya terfikir untuk membeli telefon baru memandangkan telefon tersebut sudah 3 tahun saya gunakan.
Perancangan untuk menukar telefon memang sudah ada semenjak awal tahun lagi namun ditangguhkan kerana telefon tersebut masih boleh digunakan.

Semua laman web berkenaan telefon telah pun dijejaki untuk mencari telefon yang benar2 menepati selera & keperluan.
Wang sudah pun cukup untuk membeli sebuah telefon baru yang diminati.


Dalam pada berkira2 untuk membeli telefon, saya didatangi satu lagi masalah iaitu tayar kenderaan saya hampir rosak.
Kenderaan masih boleh digunakan tetapi kemungkinan untuk ia rosak di tengah jalan amat besar.
Dalam dilema saya membuat keputusan sama ada untuk memilih membeli telefon baru atau menukar tayar yang hampir rosak.


Ada yang mengusulkan supaya saya membeli telefon kerana saya memang sudah ada perancangan untuk membelinya sejak awal tahun & pada hujung bulannya saya masih boleh menukar tayar.

Setelah berfikir2, saya mengambil keputusan untuk menggunakan wang tersebut untuk menukar tayar baru.
Pada pandangan saya, tayar yang elok lebih penting untuk saya berulang alik ke tempat kerja dengan selamat berbanding telefon baru.



Perancangan untuk membeli telefon baru terpaksa ditangguhkan dahulu & saya memilih untuk meminjam telefon dari ahli keluarga saya dahulu sementara telefon yang rosak dihantar untuk dibaiki.

Alhamdulillah...kini telefon yang berusia 3 tahun masih boleh digunakan setelah dibaiki & saya tidak perlu risau memikirkan keadaan tayar kenderaan ketika berulang alik ke tempat kerja.
Rasa lega dengan pilihan yang telah dibuat.

Apa pendapat anda dengan pilihan yang telah anda buat?
Jika anda didatangkan dengan masalah seperti berikut:
Anda mengalami sakit kaki yang amat sangat & kaki menjadi bengkak.
Pada masa yang sama kasut yang anda  pakai telah terkoyak dan rosak.
Wang yang ada cuma boleh dibelanjakan untuk salah satu masalah di atas.
Apa yang perlu anda lakukan?
Yang mana perlu untuk didahulukan, kaki yang sakit atau kasut yang rosak?



                                                      ****************
Kami menyediakan makanan seimbang yang enak & rendah kalori
untuk anda.

Hubungi: 0123947766/0126213460
****************




Sumber imej: Google Search

Tiada ulasan:

Catat Ulasan