Semua org tahu keperluan lebih penting berbanding kehendak.
Apa bezanya keperluan & kehendak?
Mengikut kefahaman saya keperluan adalah benda atau hal yang amat penting untuk kita menjalankan hidup.
Kehendak pula lebih kepada tuntutan nafsu semata2.
Walau bagaimanapun ramai yang lebih mementingkan kehendak berbanding keperluan.
Misalnya, ada org yang lebih suka membeli perhiasan, perabot dan pakaian yang cantik & mahal berbanding memikirkan tahap kesihatannya.
Bayangkanlah jika pada suatu hari, lemak di jantungnya yang banyak terkumpul menyerangnya. Apakah yang akan terjadi? Mungkin dia akan lumpuh sebelah badan, keseluruhan badan, atau hilang upaya.
Agaknya pada masa itu adakah perhiasan, perabot dan pakaiannya yang cantik & mahal berbaloi untuk digunakan?
Hmm...mungkin juga dia masih boleh berbangga dipakaikan pakaian & perhiasan yang cantik2 & dibaringkan di perabot yang mahal2.
Hmm...mungkin juga mereka yang tidak mementingkan kesihatan ini memang tidak kisah dengan diri mereka.
Apakah langkah pencegahan yang patut anda lakukan jika anda risau & ingin mendahulukan keperluan kesihatan?
Jalan yang mudah - anda adalah apa yang anda makan.
Jika anda mengamalkan makanan seimbang bererti anda sedang berusaha untuk menjamin kesihatan anda ke arah yang lebih baik. Tahniah!
****************
Sumber imej: Google Search
Tiada ulasan:
Catat Ulasan