Memaparkan catatan dengan label diabetes. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label diabetes. Papar semua catatan

Isnin, 15 Oktober 2012

Gula Galakkan Diabetes : 3.5 Juta Rakyat Malaysia Menghidap Diabetes





Punca sebenar diabetes masih tidak diketahui, tetapi pengambilan gula yang tinggi memainkan peranan besar dalam mencetuskan diabetes.
Pengambilan gula yang tinggi punca kegemukan dan berat badan bertambah, yang terbukti mencetuskan diabetes.

Kajian menunjukkan:
  • Meminum minuman ringan dan diet yang buruk meningkatkan risiko diabetes (penelitian terhadap 88 kajian).


  • Wanita yang meminum 1 atau lebih minuman ringan sehari adalah dua kali ganda cenderung mendapat diabetes berbanding mereka yang meminum kurang daripada 1 minuman ringan sebulan.


  • Wanita yang mengambil banyak gula tetapi rendah diet bijiran berserat berisiko 2.5 kali ganda menghidap diabetes Jenis 2, berbanding wanita yang mengambil gula yang rendah tetapi tinggi diet bijiran berserat.

Komplikasi akibat diabetes:

  1. Penyakit jantung
  2. Amputasi
  3. Buta
  4. Kegagalan buah pinggang
  5. Strok



"Elakkan Gula, Cegah Penyakit"

Sumber info: Kempen Anti-Gula CAP


Sumber gambar:
onlinemedicinetips.com
healthy-life-for-all.blogspot.com

Selasa, 7 Ogos 2012

Juvenile Onset Diabetes (Diabetes Jenis 1)


Nama alternatif:
Insulin-dependent diabetes; Juvenile onset diabetes; Diabetes - Jenis1

Definisi:
Diabetes jenis 1 adalah penyakit sepanjang hayat (kronik) di mana terdapat paras gula (glukosa) yang tinggi dalam darah.

Punca-punca dan faktor risiko:
Diabetes jenis 1 boleh berlaku kepada mana-mana peringkat umur. Walau bagaimanapun, ia paling kerap didiagnosis di kalangan kanak-kanak, remaja atau golongan muda.

Insulin merupakan hormon yang dihasilkan oleh sel-sel khas, yang dipanggil sel beta di dalam pankreas. Pankreas boleh didapati di belakang perut anda. Insulin diperlukan untuk menjalankan gula dalam darah (glukosa) ke dalam sel, di mana ia disimpan dan kemudiannya digunakan untuk menghasilkan tenaga. Dalam diabetes jenis 1, sel-sel beta menghasilkan insulin yang sedikit atau tidak langsung menghasilkan sebarang insulin.




Tanpa insulin yang cukup, glukosa dibina di dalam aliran darah dan tidak dapat masuk ke dalam sel. Oleh yang demikian, tubuh badan tidak dapat menggunakan glukosa ini untuk menghasilkan tenaga. Hal ini membawa kepada gejala-gejala diabetes jenis 1.

Punca sebenar diabetes jenis 1 tidak diketahui. Besar kemungkinan ia adalah satu gangguan autoimun. Jangkitan atau beberapa pencetus lain boleh menyebabkan tubuh badan tersilap menyerang sel-sel di pankreas yang menghasilkan insulin. Gangguan ini boleh diturunkan melalui gen keluarga.

Komplikasi yang mungkin berlaku termasuk: 
  • Gangguan mata
  • Radang saraf
  • Masalah buah pinggang
  • Pembuluh darah terjejas (arteriosklerosis, tekanan darah tinggi, strok, infarksi miokardium)
  • Reaksi kulit dan penyembuhan luka yang lambat
  • Jangkitan kuman (saluran terutamanya saluran kencing dan kulit)  
  • Mati pucuk 
  • Peningkatan mendadak gula dalam darah (hiperglisemia)
  • Insulin hipoglisemia berlebihan



Sumber info:

Ahad, 24 Jun 2012

Ada Apa pada Diabetes jenis 2?


Diabetes jenis 2 adalah penyakit sepanjang hayat yang kronik di mana terdapat paras gula (glukosa)  yang tinggi dalam darah. Diabetes jenis 2 adalah bentuk diabetes yang paling biasa dihidapi.

Punca dan Faktor Risiko

Diabetes adalah disebabkan oleh masalah dalam sistem badan anda semasa menghasil atau menggunakan insulin. Insulin diperlukan untuk memindahkan kandungan gula dalam darah iaitu glukosa ke dalam sel, di mana ia disimpan dan kemudiannya digunakan untuk menghasilkan tenaga.

Apabila anda menghidap diabetes jenis 2, lemak, hati, dan sel-sel otot tidak bertindak balas dengan betul terhadap insulin yang disebut sebagai kerintangan insulin (insulin resistance). Akibatnya, kandungan gula dalam darah tidak masuk ke dalam sel-sel untuk disimpan bagi menghasilkan tenaga.

Apabila gula tidak dapat masuk ke dalam sel-sel badan, paras gula yang tinggi akan terhasil dalam darah. Keadaan ini dipanggil hiperglisemia.

Diabetes jenis 2 biasanya berlaku secara perlahan-lahan dari masa ke masa. Kebanyakan penghidapnya mempunyai berat badan yang berlebihan apabila didiagnosis. Peningkatan lemak menjadikan tubuh semakin sukar untuk menggunakan insulin dengan cara yang betul.

Diabetes jenis 2 juga boleh dihidapi oleh mereka yang kurus dan lebih kerap berlaku di kalangan warga emas.

Sejarah keluarga dan faktor keturunan memainkan peranan yang besar dalam penyakit diabetes jenis 2. Tahap kegiatan aktiviti yang rendah, pemakanan yang tidak sihat dan berat badan yang berlebihan (lemak di sekeliling pinggang) juga boleh meningkatkan risiko anda untuk menghidap penyakit ini.



Gejala-gejala awal

Kebiasaannya orang yang menghidap diabetes jenis 2 ini tidak mempunyai sebarang simptom pada mulanya. Mereka mungkin tidak mempunyai sebarang gejala selama beberapa tahun.

Gejala-gejala awal diabetes mungkin termasuk:
  • Jangkitan pada pundi kencing, buah pinggang, kulit, atau lain-lain jangkitan yang lebih kerap atau sembuh secara perlahan-lahan
  • Keletihan
  • Kelaparan
  • Sering dahaga
  • Membuang air kecil dengan kerap

Gejala pertama yang mungkin dihidapi:
  • Penglihatan yang kabur
  • Ketidakfungsian erektil
  • Sakit atau kebas di kaki atau tangan


Sila lihat artikel Apakah Ukuran Pinggang Anda untuk pengiraan ukuran pinggang yang sihat.


Sumber Info:
PubMed Health


Sumber gambar:
topnews.in
http://www.lovehandleexercises.info

Lelaki lebih terdedah pada diabetes jenis 2?

Dari sumber artikel akhbar Kosmo.

LELAKI lebih terdedah dengan diabetes peringkat 2 kerana faktor biologi dan pemakanan.


SEORANG pengkaji dari Universiti Glasgow, Scotland, Profesor Naveed Sattar berkata lelaki lebih terdedah kepada penyakit diabetes jenis 2 berbanding wanita disebabkan faktor biologi dan pemakanan.

Kenyataannya itu berdasarkan kajian terhadap 51,290 lelaki dan 43,137 wanita di Scotland dengan mengambil kira berat badan, faktor kegemukan serta indeks jisim badan (BMI) mereka.

Kata Sattar dalam kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Diabetologia itu, kebanyakan lemak lelaki tersimpan di dalam organ seperti limpa dan buah pinggang manakala wanita di pinggul dan muka. 

Diabetes jenis 2 terjadi disebabkan terlalu banyak gula dalam badan hingga merosakkan buah pinggang dan organ lain.

Katanya lagi, penyakit itu dapat dicegah dengan mengurangkan berat badan berlebihan, makan makanan yang sihat dan seimbang selain selalu bersenam.



Sila lihat artikel: Ada Apa pada Diebetes Jenis 2? untuk mengetahui info ringkas tentang penyakit ini.

Ahad, 15 April 2012

Takut Makan Pasta?



Takut makan pasta kerana ia boleh menggemukkan?
Jangan menyekat selera anda.


Kenapa memilih pasta?
Sebenarnya, pasta dihasilkan daripada semolina yang diperolehi daripada bijirin gandum yang dikisar halus, dicampur dengan air dan rendah GI (Glycemic Index).



Secawan pasta yang dimasak hanya mengandungi 200 kalori dan bebas kolesterol serta selamat diambil oleh pesakit diabetes.





Sumber Info: Majalah Rapi
Sumber Gambar:  Pourvoirielagalette & Thomcooks

Khamis, 19 Januari 2012

Antara Diabetes & Penurunan Berat Badan

Artikel diolah & diterjemah daripada laman web: waystotreat-diabetes.com

Ini adalah salah satu artikel yang saya ambil daripada laman web waystotreat-diabetes.com yang memaparkan artikel berkenaan perkaitan antara diabetes & penurunan berat badan.

Kita semua sedia maklum bahawa penurunan berat badan boleh datang dari 2 segi yang berbeza sama ada positif atau pun negatif.

Positifnya adalah penurunan berat badan yang menjadikan seseorang lebih sihat.
Negatifnya pula adalah penurunan yang disebabkan oleh masalah kesihatan seperti diabetes.

"Eh, awak nampak kurus yer sekarang ni? Sakit kencing manis ke?"

Apakah perkaitan antara diabetes dan penurunan berat badan?
Diabetes mellitus adalah keadaan di mana kandungan gula dalam darah seseorang adalah tinggi.
Apabila kandungan gula tinggi, pesakit lebih banyak membuang air kecil dan menyebabkan kandungan air dalam badan semakin berkurang.
Pesakit akan terhidrat, merasa dahaga dan akan meminum lebih banyak air untuk mengatasi kesan terhidrat.
Lebih banyak air yang diminum, akan menyebabkan perut penuh dan mengurangkan selera makan.
Kesannya, berat badan akan turun dengan cepat.

Berbeza dengan penurunan berat badan secara sihat.
Jika anda mengalami masalah berlebihan berat badan, penurunan berat badan adalah satu keperluan.
Bukan sahaja untuk penampilan yang menarik, tetapi juga untuk mengelakkan daripada menghidap penyakit2 seperti diabetes, barah dan sakit jantung.

Tips2 mudah untuk menurunkan berat badan dengan berkesan dan selamat:
1) Pastikan pengambilan kalori pada waktu pagi & malam adalah yang paling sedikit (kurang 100kalori) dan mengenyangkan - minum shake*
2) Makan tengah hari seperti biasa
3) Pastikan minum air secukupnya

Hasilnya: Turun berat sehingga 3-5kg sebulan & badan semakin bertenaga.


*Hubungi 012.394.7766 atau 012.621.3460

Isnin, 28 November 2011

Ada apa pada Diabetes?

Tadi semasa sedang membaca blog rakan2 yang lain, saya amat tertarik dengan satu website yang memaparkan secara terperinci tentang penyakit Diabetes.
Individu yang menulis tentang artikel2 di laman web berkenaan adalah seorang doktor dari luar negara.
Jika ada antara anda yang mempunyai saudara mara atau rakan2 yang menghidap penyakit ini, anda bolehlah membaca artikel2 yang ditulis oleh doktor berkenaan.

Alamat laman web:

Semua tentang diabetes boleh diketahui di sini. Antaranya dari segi penjagaan, ubatan,  komplikasi, penyebab, istilah2nya dan pelbagai lagi.



Pada kesempatan yang lain, akan saya kongsikan beberapa artikel yang menarik bersama anda.