Dari sumber artikel akhbar Kosmo.
LELAKI lebih terdedah dengan diabetes peringkat 2 kerana faktor biologi dan pemakanan. |
SEORANG pengkaji dari Universiti Glasgow, Scotland, Profesor Naveed
Sattar berkata lelaki lebih terdedah kepada penyakit diabetes jenis 2
berbanding wanita disebabkan faktor biologi dan pemakanan.
Kenyataannya itu berdasarkan kajian terhadap 51,290 lelaki dan
43,137 wanita di Scotland dengan mengambil kira berat badan, faktor
kegemukan serta indeks jisim badan (BMI) mereka.
Kata Sattar dalam kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan
Diabetologia itu, kebanyakan lemak lelaki tersimpan di dalam organ
seperti limpa dan buah pinggang manakala wanita di pinggul dan muka.
Diabetes jenis 2 terjadi disebabkan terlalu banyak gula dalam badan hingga merosakkan buah pinggang dan organ lain.
Katanya lagi, penyakit itu dapat dicegah dengan mengurangkan berat
badan berlebihan, makan makanan yang sihat dan seimbang selain selalu
bersenam.
Sila lihat artikel: Ada Apa pada Diebetes Jenis 2? untuk mengetahui info ringkas tentang penyakit ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan