Memaparkan catatan dengan label karbohidrat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label karbohidrat. Papar semua catatan

Ahad, 8 April 2012

Fakta Hebat untuk Pemakanan Seimbang


Saya tidak kenal anda dan tidak tahu tentang anda, tetapi bagi saya, saya memang amat sukakan makanan! Saya suka makan dan jika saya dapat makan makanan yang lazat dan benar-benar baik untuk saya maka saya akan berasakan seperti berada di syurga!

Bagi saya, caranya hanyalah dengan mengetahui apa yang baik untuk diri kita dan apa yang tidak.

Pernahkah anda terfikir apa yang terkandung dalam sesuatu makanan dan bagaimana ia boleh memberi manfaat kepada kesihatan kita?
Mari kita mulakan fakta pemakanan kita dengan mempelajari tentang makronutrien iaitu karbohidrat, protein dan lemak.

Karbohidrat, protein dan lemak dikenali sebagai makronutrien kerana ia diperlukan oleh tubuh kita dalam kuantiti yang besar.
Makronutrien ini dapat memberikan tenaga yang diperlukan oleh tubuh untuk terus hidup dan juga yang sangat diperlukan untuk metabolisme, pertumbuhan dan fungsi badan yang penting.
Kesemua nutrien ini adalah sama penting dan kita perlu makan nutrien-nutrien ini setiap hari untuk kesihatan yang baik.

Mikronutrien pula adalah vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh kita dalam kuantiti yang lebih kecil.

Maka sudah tentu air juga adalah nutrien yang penting untuk tubuh kita!

Setiap satu molekul yang terdapat dalam badan kita berasal dari makanan yang kita makan dan air yang kita minum.
Dengan makan makanan yang berkualiti tinggi dalam kuantiti yang betul boleh membantu tubuh kita untuk mencapai tahap optimum dalam mendapatkan tenaga, kesihatan yang baik dan bebas daripada penyakit.
 
Fakta-fakta nutrisi makanan inilah yang dapat membantu saya untuk mencapai pemakanan yang seimbang.
Walaupun mungkin nampak agak mustahil untuk kita mendapat pemakanan yang seimbang pada setiap waktu makan, tetapi jika kita melihat pada setiap satu hari secara keseluruhannya, sebenarnya tidaklah begitu sukar untuk kita memperolehi pemakanan yang seimbang dalam diet seharian kita.

Seperti yang kita pelajari sebentar tadi, diet kita terdiri daripada karbohidrat, protein dan lemak. Setiap satu nutrien adalah amat penting bagi kita dan tidak sepatutnya ditinggalkan!
Sememangnya adalah satu idea yang amat bagus untuk makan makanan yang mengandungi protein bersama karbohidrat kerana ini dapat membantu menyeimbangkan gula dalam darah dan membuatkan anda rasa kenyang untuk jangka masa yang lebih lama - iaitu cara yang sangat berkesan untuk mengekalkan berat badan yang sihat.
 
Gunakanlah panduan pemakanan ini untuk mendapatkan yang terbaik dalam setiap waktu makan anda!

Ahad, 8 Januari 2012

Karbohidrat Dalam Buah-Buahan (Senarai Buah )


Karbohidrat bukan sahaja terdapat dalam makanan ruji, tetapi juga dalam buah-buahan yang kita makan.
Karbohidrat sangat penting dalam tubuh kita untuk membekalkan tenaga.
Tanpa tenaga kita mungkin tidak dapat melakukan sesuatu kerja dengan efektif.
Berikut adalah senarai kandungan karbohidrat dalam buah-buahan.
Tips untuk kurangkan berat badan - pilihlah makanan berkalori rendah dan kurangkan* makanan berkarbohidrat tinggi.
(*Kurangkan bermaksud makan dalam kuantiti yang sedikit)

  1. Rojak buah (250g) : kalori 414, carb 51g
  2. Buah citrus (120g) : kalori 51.63, carb 11.61g
  3. Kacang botol (200g) :kalori787.3, carb 76g
  4. Kacang soya (170g) : kalori 279.88,carb 17g
  5. Almond mentah (1 cup,50g) : kalori 308.3, carb 10.6g
  6. Red chili pepper (1/4 cup,50g) : kalori 19.86, carb 3.7g
  7. Prune (1bj,8.4g) :kalori 20, carb 5.4g
  8. Lemon (1bj,50g) : kalori 32, carb 12g
  9. Limau nipis (1bj) : kalori 16, carb 7g
  10. Kismis (40g) : kalori 100, carb 26g
  11. Black current 1/4cup,(50g) : kalori 26.2, carb 7g
  12. Red current(1/2,100g) : kalori 45.12, carb 9.7g
  13. Buah nona (1bj) : kalori 134, carb 0g
  14. Blueberry (1cup) : kalori 72, carb 21g
  15. Rasberry (10bj) : kalori 6.1, carb 2.3g
  16. Kedondong (1bj): kalori 68, carb 22g
  17. Gajus (1/4cup,50g) : kalori 203.8, carb 11.2g
  18. Buah pala(1sudu): kalori 32.14, carb 3.5g
  19. Ciku (1bj): kalori 145.1, carb 34g
  20. Honeydew(1/2cup) : kalori 36.5, carb 9.2g
  21. Strawbery (8bj) : kalori 36, carb 11g
  22. Langsat (10bj) : kalori 28, carb 7g
  23. Dragon fruit(1bj) : kalori 53.5, carb 9g
  24. Buah delima (1bj) : kalori 112.24, carb 26.44g
  25. Tembikai (1cup): kalori 44, carb 11g
  26. Nangka (4bj): kalori 92.7,carb 0g
  27. Blackbery (1cup) : kalori 37.3,carb 13.8g
  28. Nenas (1bj): kalori 229, carb 60g
  29. Tomato (1bj) : kalori 19.2,carb 5g
  30. Betik (1bj) : kalori 135.7,carb 37.3g
  31. Jambu(1bj): kalori 30.5,carb 10.7g
  32. Belimbing (1bj) : kalori 32,carb 10g
  33. Grape (30bj) : kalori 108.6,carb 27g
  34. Longan (20bj) : kalori 64.94, carb 15.8g
  35. Durian (1pc) : kalori 59.8,carb 13g
  36. Rambutan(1bj) : kalori 8,carb 1.9g
  37. Laici (8bj) : kalori 65.28,carb 16.53g
  38. Manggis (1bj) : kalori 49.8, carb 15.6g
  39. Mangga (1bj) : kalori 112.76,carb 28.1g
  40. Kurma (4bj) : kalori 112,carb 31g
  41. Oren (1bj) : kalori 41.25,carb 11.54g
  42. Kiwi(1bj) : kalori 46.5,carb 12g
  43. Plum (1bj) : kalori 30.2,carb 7.5g
  44. Aprikot (1bj) : kalori 15.98,carb 3.98g
  45. Ceri(1bj) : kalori 2.4,carb 0.7g
  46. Pear(1bj) : kalori 97,carb 25g
  47. Peach(1bj) : kalori 64.46,carb 16.22g
  48. Pisang(1bj) : kalori 112,carb 30g
  49. Sukun (1cup) : kalori 211.7g,carb 0.1g
  50. Apple (1bj) : kalori 120,carb 34g
  51. Avocado(1/5bj) : kalori 52.5,carb 3g

Sumber daripada : Blog PuanBee
Gambar ehsan daripada blog AyangLov