Dan apakah makanan yang betul2 seimbang?
Apa yang saya tau, makanan seimbang mengandungi semua khasiat yang diperlukan oleh tubuh kita.Tetapi yang menjadi persoalannya, di mana & bagaimana kita boleh mendapatkan makanan seimbang yang berkhasiat ini?
Kita seringkali disogokkan dengan bermacam2 artikel melalui emel &
facebook tentang bahaya tanaman yang menggunakan racun perosak, haiwan
yang dicucuk dengan perangsang tumbesaran untuk mempercepatkan
tumbesaran dan juga barangan kosmetik yang mengandungi racun atau bahan
kimia berbahaya.
Jika info dalam artikel2 tersebut benar2 berlaku, di manakah kita boleh
mendapatkan makanan seimbang yang benar2 berkhasiat dan halal?
Jika ada pun makanan seimbang seperti ini, berapa ramaikah yang berminat untuk mengamalkannya?
Mungkin ramai yang tidak acuhkan tentang makanan seimbang kerana tidak
tahu atau tidak peduli tentang kelebihannya kepada kesihatan kita.
Apabila saya baca artikel2 yang memaparkan info2 berkenaan kesihatan,
majoritinya adalah berkaitan pemakanan yang seimbang untuk kesejahteraan
kesihatan kita.
Hmmm...cuba kita tinjau kembali gaya pemakanan kita pada hari ini.
Adakah pemakanan kita seimbang atau dipenuhi dengan lemak2 & racun2 yang sukar diproses oleh badan?
Adakah kita akan teruskan makan lemak2 & racun2 ini & cuma berhenti setelah disahkan menghidap penyakit kronik?
***
Menu saya pagi ini: Makanan seimbang
***
Tiada ulasan:
Catat Ulasan