Beberapa hari yang lepas, semasa saya mengedarkan risalah promosi Kelab Nutrisihat Alami, ada yang menolak untuk menerimanya dengan bermacam2 alasan. Antaranya:
"Pakcik dah masuk keluar hospital banyak kali dah. Bukan satu dua penyakit. Dah nak mati dah pun. Tak perlulah ini semua..."
"Saya dah cuba ubati mak saya daripada sakit kencing manis. Mak saya kata takpa lah. Mak dah tua. Lagipun bukannya lama pun nak hidup..."
"Isk, tak perlulah. Mati nanti selesailah masalah..."
Hmm...kenapa ya mereka beri alasan sedemikian?
Pada pendapat saya, mungkin terdapat faktor2 tertentu antaranya:
1. Sudah mencuba pelbagai ubat tetapi masih belum berjaya.
2. Terlalu lama menderita sakit.
3. Putus asa.
Adakah mati boleh menyelesaikan masalah?
Mungkinkah sudah habis ikhtiar kita untuk berusaha memperbaiki diri selagi kita hidup?
Saya ada testimoni yang menghidap penyakit 3 serangkai. Alhamdulillah, selepas beliau mencuba & mengamalkan pemakanan seimbang ini, beliau lebih sihat & tidak perlukan bantuan orang lain untuk membantu beliau.
Yang paling penting beliau tidak perlu meneruskan pengambilan ubat atas nasihat doktor kerana penyakit beliau hampir pulih & dapat dikawal.
Ada satu lagi testimoni yang menghidap ketumbuhan di ovari (pangkal rahim). Selepas mengamalkan pemakanan seimbang, beliau dinasihatkan doktor untuk tidak perlu membuat pembedahan seterusnya kerana ketumbuhannya tidak membesar seperti sebelumnya.
Kenapa makanan seimbang dapat membantu?
Secara logiknya, makanan seimbang dapat membekalkan nutrisi lengkap kepada badan dan akhirnya membawa kepada pembentukan sel badan.
Sel2 badan yang terbentuk ini akan membina tisu & organ badan terpenting untuk sistem badan kita.
Jika makanan yang kita sajikan kepada tubuh kita adalah makanan berlemak & berkolesterol tinggi, adakah badan kita dapat membentuk sel2 badan?
Sudah tentu tidak.
Makanan berlemak hanya dapat menambahkan kalori & jika tidak disertakan dengan senaman sepatutnya untuk membakar lebihan kalori, makanan tersebut akan berkumpul di bawah kulit & juaga akan berkumpul di salur darah ke jantung.
Seterusnya, salur darah ke jantung akan semakin sempit & boleh menyebabkan sakit jantung.
Sakit jantung boleh menyebabkan kelumpuhan atau mati mengejut.
Jika umur semuda awal 20-an sudah mengalami komplikasi jantung, bagaimanakah masa depannya?
Jika beliau sudah berkeluarga & mempunyai anak2 yang masih kecil, bagaimanakah kehidupan keluarga & anak2nya?
Sanggupkah ditinggalkan begitu saja?
Sumber imej: Google Search
Tiada ulasan:
Catat Ulasan