Memaparkan catatan dengan label kanser. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kanser. Papar semua catatan

Khamis, 3 Oktober 2013

6 Tip Cegah Kanser (iii)



Tip 5: Kurangkan Garam

Selain daripada meningkatkan tekanan darah, mengambil garam secara berlebihan boleh mengakibatkan kanser perut.

Hadkan pengambilan garam kepada 2400mg/hari dengan mula membaca label makanan.

Elakkan daripada mengambil makanan terproses, ikan masin, jeruk dan serbuk perasa.



Tip 6: Makanlah Lebih Sayur, Buah, Bijirin Mil Penuh dan Kekacang

Risiko menghidap kanser paru-paru, mulut, esofagus, perut dan kolon dapat dikurangkan dengan memakan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan termasuklan kekacang.

Nikmatilah pelbagai jenis makanan yang kaya nutrien semulajadi dengan memenuhkan 2/3 daripada pinggan anda dengan sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin mil penuh dan kekacang.

Dengan mengamalkan pemilihan makanan sebegini, ia juga membantu anda mengekalkan berat badan yang sihat.  



Link ke artikel berkaitan:
6 Tip Cegah Kanser (i)


 Sumber info:
Pegawai Dietetik
Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Kedah

Sumber gambar:
www.swisse.com   

Rabu, 18 September 2013

6 Tip Cegah Kanser (ii)



Tip 3: Hadkan Pengambilan Alkohol

Kajian menunjukkan bahawa semua jenis minuman beralkohol meningkatkan risiko anda untuk menghidap kanser mulut, larinks, farinks, esofagus, payudara dan kolon.

Risiko menghidap kanser semakin meningkat sekiranya anda merokok.


Hadkan pengambilan minuman beralkohol kepada 2-3 unit/hari untuk lelaki dan 1-2 unit/haru untuk wanita.

(Pengambilan alkohol untuk orang Islam adalah dilarang sama sekali)



Tip 4: Hadkan Daging Merah dan Daging Proses


Pengambilan daging merah secara berlebihan meningkatkan risiko menghidap kanser terutamanya daging terproses.

Kerapkan mengambil ikan, ayam dan kekacang sebagai sumber protein.


Kajian menunjukkan bahawa pengambilan daging merah kurang daripada 18 Oz. (0.5kg) seminggu tidak meningkatkan risiko menghidap kanser.

Kurangkan saiz hidangan daging anda dan pelbagaikan diet anda dengan kekacang, sayuran dan bijirin. 



Link ke artikel berkaitan:
6 Tip Cegah Kanser (i)
6 Tip Cegah Kanser (iii)


Sumber info:
Pegawai Dietetik
Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Kedah

Sumber gambar:

Selasa, 17 September 2013

6 Tip Cegah Kanser (i)



Tip 1: Kekalkan Berat Badan Yang Sihat

Mempunyai berat badan yang berlebihan dan obes adalah berkait rapat dengan satu daripada lima penyebab kematian oleh kanser.

Bagaimana berat badan mempengaruhi kanser adalah masih tidak dapat dipastikan.

Kajian menunjukkan bahawa berat badan adalah berkait rapat dengan kanser payudara di kalangan wanita selepas menopaus, kanser kolon, endometrium, buah pinggang, esofagus, pankreas, pundi hempedu, tiroid, ovari dan serviks.



Tip 2: Hadkan Makanan Tinggi Kalori Yang Kurang Nutrien

Kurangkan pengambilan makanan yang ditambah dengan gula dan lemak berlebihan tetapi kurang zat seperti mineral dan vitamin.

 
Pengambilan kalori daripada makanan sebegini mengakibatkan pertambahan berat badan secara berlebihan tetapi pada masa yang sama kurang zat-zat berkhasiat daripada makanan pencegah kanser.
  


Link ke artikel berkaitan:



Sumber info:
Pegawai Dietetik
Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Kedah

Sumber gambar:

Khamis, 12 September 2013

Apakah kanser?




Kanser berlaku disebabkan oleh pertumbuhan sel secara tidak teratur yang mungkin dipengaruhi oleh faktor pemakanan, genetik dan persekitaran.

Karsinogen semulajadi termasuklah radiasi sinar ungu (UV), pewarna, bahan kimia daripada persekitaran seperti asap atau lombong, virus, nitrosamine, aflatoxin (toksin daripada kulat) dan safrole.

Karsinogen yang konsisten adalah tembakau.



Kajian menunjukkan bahawa 30 - 40% daripada kanser seluruh dunia dapat dicegah melalui perubahan cara makan.

Faktor pemakanan dan gaya hidup yang tidak aktif menyumbang kepada hampir 1/3 kanser secara keseluruhannya.




Sumber info:
Pegawai Dietetik
Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Sumber gambar:

Ahad, 14 Oktober 2012

Gula Beri Makan Kanser : 1 dalam 4 rakyat Malaysia akan menghidap kanser



Sel Kanser


Daya tarik atau afiniti tisu berkanser terhadap gula sudah cukup diketahui. Kajian menunjukkan:



  • Orang yang meminum minuman bergas dan minuman berasaskan sirap dua kali sehari atau lebih menanggung risiko 90% lebih tinggi mengembangkan kanser pankreas berbanding orang yang tidak pernah meminumnya.
  • Wanita dengan paras gula darah yang tinggi (hiperglisemia) lebih cenderung mengembangkan kanser meskipun mereka tidak mempunyai diabetes. Mereka juga mungkin lebih cenderung mengembangkan kanser pankreas, kanser saluran kencing dan kanser kulit.
  • Kanser payudara lebih cenderung berlaku kepada wanita yang berusia di bawah 49 tahun dengan paras gula darah yang tinggi.


Elakkan Gula, Cegah Penyakit.


Sumber info: Kempen Anti-Gula CAP


Sumber gambar: 
topnews.in
getskinnyslim.blogspot.com