Rabu, 25 April 2012

Jom Kira BMR Anda..!

Blog Nutrisihat Alami kini menambah satu widget untuk kegunaan anda.


Widget ini boleh mengira berapa kalori yang diperlukan untuk mengekalkan atau menurunkan berat badan anda.

Bagi anda yang ingin menambahkan berat badan, anda cuma perlu makan lebih banyak kalori dan tidur dengan cukup.

Widget ini diletakkan di sebelah kiri blog
selepas chatbox.

Untuk menggunakannya, anda hanya perlu memasukkan data dan memilih pilihan aktiviti sebelum menekan "Calculate".

Pilih "Metric" untuk pengiraan dalam kilogram dan ukuran tinggi dalam sentimeter.





 Contoh untuk seorang gadis/wanita yang berumur 25 tahun, dengan berat 60kg dan tinggi 160cm.
Untuk pilihan aktiviti, ada 5 pilihan.

Sedentary (Couch Potato)
 Aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah termasuk aktiviti duduk, membaca, menonton tv, bermain permainan video atau computer sepanjang hari tanpa sebarang atau dengan sedikit aktiviti yang melibatkan senaman fizikal (yang mempercepatkan denyutan jantung dan pernafasan).

Light Activity
Contoh aktiviti: Membasuh pinggan mangkuk, seterika(iron) baju,  
melipat kain, bercakap telefon sambil berdiri,  berjalan untuk berjumpa rakan atau aktiviti-aktiviti ringan yang lain.

Moderate Exercise
Contohnya seperti berjalan cepat, jogging perlahan, berenang, berbasikal setempat atau berkebun.

Hard Exercise
Contoh: Berlari, Merentas Desa, senamrobik atau aktiviti yang melibatkan pernafasan yang cepat dan denyutan jantung yang laju.

Higher Activity Level
Contoh: Aktiviti sukan yang lasak





Selepas klik "Calculate", anda boleh mendapatkan data kalori/hari dan berapa banyak kalori yang anda perlukan untuk mengekalkan atau menurunkan berat badan anda.






Sumber:



Selasa, 24 April 2012

44 Tip Diet Sederhana (Bahagian III)

Badan Langsing Hati Senang




Tip 23
Anda boleh mencuba menggunakan sepit sewaktu makan untuk melambatkan waktu makan.



Tip 24
Hindari mengunyah di saat-saat anda bosan!
Gantikanlah dengan hal-hal yang ingin anda lakukan tetapi tidak sempat.
  

Tip 25
Pilihan snek terbaik untuk meningkatkan tenaga ialah pisang, kekacang dan yogurt rendah lemak.


Tip 26
Utamakanlah kualiti berbanding kuantiti.



Tip 27
Anda boleh menambah rempah ratus atau rasa pedas untuk meningkatkan metabolisme badan anda.
Namun, jangan berlebihan.

Tip 28
Pilihlah makanan yang disiapkan sendiri oleh anda berbanding memilih makanan segera.
Ianya memudahkan anda untuk mengawal kemasukan gula dan kalori yang digunakan.

Tip 29
Untuk mengurangkan rasa lapar ketika sedang memasak, mulakan dengan sepiring besar salad!

Tip 30
Ketika membaca artikel tentang diet yang sesuai dengan anda, gunting dan lekatkanlah di meja, dinding atau almari pakaian anda.

Tip 31
Dapatkan tifur yang cukup!
Keletihan yang berpanjangan akan menyebabkan anda mengambil makanan yang berkalori tinggi.

Tip 32
Susu kacang soya merupakan alternatif yang lebih baik kerana ia rendah lemak.


Tip 33
Kurangkan pengambilan garam!


Rabu, 18 April 2012

44 Tip Diet Sederhana (Bahagian II)

Badan Langsing Hati Senang  

Bersambung dari artikel 44 Tip Diet Sederhana (Bahagian I)



Tip 12
Minumlah banyak air mineral.

Tip 13
Jangan masak sayur-sayuran terlalu lama kerana kandungan zatnya akan berubah.

Tip 14
Pilih snek yang rendah lemak dan kalori.

Tip 15
Selalu memilih porsi terkecil dari menu restoran.




 Tip 16
Belilah sebuah 'juicer' dan mulakan dengan mencipta jus sendiri.
Jangan lupa untuk mencuba jus sayur-sayuran.
Ianya kaya dengan vitamin serta lebih rendah kandungan fruktosa.




 Tip 17
Jangan ingat salad selalu 'selamat'.
Salad biasanya dikombinasikan dengan mayonis serta keju.


Tip 18
Anda teringin makan coklat?
Pilihlah coklat rendah lemak.


Tip 19
Anda banyak makan ketika datang bulan?
Ambillah badam kerana ia banyak protein serta mengurangkan keinginan untuk mengunyah makanan manis.

Tip 20
Pilihlah makanan yang direbus, berkuah atau dibakar sebelum anda memilih yang bergoreng.





Tip 21
Pilihlah seleri sebagai teman diet anda yang setia bermula dari sekarang.



Tip 22
Perhatikan bagaimana wanita berbadan langsing memesan makanan.
Cari dan ketahui rahsia mereka.






Sumber Info: Majalah Rapi
Sumber Gambar:


Selasa, 17 April 2012

44 Tip Diet Sederhana (Bahagian I)

Badan Langsing Hati Senang

Adakah anda sedang berjuang untuk mendapatkan bentuk badan ideal idaman anda?
Setiap orang mempunyai caranya yang tersendiri untuk menurunkan berat badan.
Berikut adalah tip-tip yang boleh anda jadikan panduan bagi mendapatkan bentuk badan yang diimpikan:
 
Tip 1
Makanlah secukupnya dan atur jumlah kalori secara bijaksana

Tip 2
Berpuasa sahaja tidak cukup untuk menurunkan berat badan

Tip 3
Potonglah buah-buahan yang anda gemar dalam potongan yang kecil-kecil untuk menggantikan snek yang tidak sihat.

Tip 4
Jangan ambil makanan ringan secara berlebihan kerana anda sendiri tidak akan sedar berapa banyak yang telah dimakan. Ambil dalam segenggan sahaja.

Tip 5
Sekiranya anda termasuk dalam golongan yang menggemari roti, pilihlah roti jenis 'wholegrain'.

Tip 6
Hindari makanan yang mengandungi lemak lebih daripada 10 peratus. Baca label nutrisi pada bungkusan makanan.

Tip 7
Catatlah makanan yang telah anda makan selama dua minggu. Percayalah anda akan terkejut!

Tip 8
Mentega mengandungi kandungan lemak yang tinggi.
Oleh itu, hindari atau gantikannya dengan yang rendah lemak.

Tip 9
Bawalah botol minuman walau ke mana pun anda pergi.
Dengan itu, tidak akan berlaku dehidrasi dan mengurangkan keinginan minuman yang manis.

Tip 10
Carilah pasangan untuk turut sama berdiet dengan anda.
Cara ini akan membuatkan anda berdua saling bermotivasi.

Tip 11
Kenalpasti kebiasaan buruk yang merosakkan program diet anda.
Jika anda gemar mengunyah roti sambil menuju ke gim, gantilah dengan snek yang lebih menyihatkan.

Sumber Info:

Sumber Gambar: Google Search

Ahad, 15 April 2012

Takut Makan Pasta?



Takut makan pasta kerana ia boleh menggemukkan?
Jangan menyekat selera anda.


Kenapa memilih pasta?
Sebenarnya, pasta dihasilkan daripada semolina yang diperolehi daripada bijirin gandum yang dikisar halus, dicampur dengan air dan rendah GI (Glycemic Index).



Secawan pasta yang dimasak hanya mengandungi 200 kalori dan bebas kolesterol serta selamat diambil oleh pesakit diabetes.





Sumber Info: Majalah Rapi
Sumber Gambar:  Pourvoirielagalette & Thomcooks

Selasa, 10 April 2012

Tips Diet Tanpa Perlu Berlapar

Bermacam-macam cara untuk anda menurunkan berat badan sehinggakan ada yang sanggup kelaparan. Anda tidak perlu berbuat demikian.
Ikuti tips ini untuk membantu anda menurunkan berat badan tanpa rasa lapar.

 
Tip 1
Jangan lupa mengambil sarapan dan makan setiap 3 - 4 jam sekali untuk mengimbangkan kadar gula dalam darah.


Tip 2 
Rehatkan badan 2 - 3 jam sebelum tidur.



Tip 3
Nikmati setiap suapan anda dengan makan secara perlahan-lahan.


Tip 4
Selepas makan, anda perlu berjalan atau melakukan aktiviti untuk mengelakkan makanan tersimpan menjadi lemak.




Sumber Info: Majalah Rapi
Sumber Gambar: Recipes for Life

Isnin, 9 April 2012

Tahukah Anda Kalori Makanan Yang Anda Makan?

Berikut merupakan sebahagian daripada makanan kegemaran ramai.


Mi Goreng

Saiz Hidangan: 1 pinggan
Kalori: 598 kcal
Lemak: 29.3g
Kolesterol: 518.1mg
Garam: 2.8g


Mi Bandung

Saiz Hidangan: 1 mangkuk
Kalori: 549 kcal
Lemak: 27.9g
Garam: 5.5g


Mi Kari

Saiz Hidangan: 1 mangkuk
Kalori: 529 kcal
Lemak: 36.9g
Garam: 6.1g


 Mi Rebus

Saiz Hidangan: 1 pinggan
Kalori: 639 kcal
Lemak: 14.1g
Kolesterol: 141mg


***Kandungan kalori, lemak dan kolesterol bergantung kepada kuantiti bahan-bahan yang dimasak bersama seperti minyak, santan, gula, ayam, telur dan sebagainya. Lebih banyak bahan-bahan ini dimasak bersama, lebih tinggi kandungan kalori, lemak dan sebagainya.


Sumber ihsan: Jawatankuasa Pengurusan Berat Badan
                     Hospital Sultanah Bahiyah

Ahad, 8 April 2012

Siapakah yang tergolong sebagai OBES?

Satu
Mempunyai indeks jisim tubuh (BMI)
35 sehingga 40 ke atas


Dua
Berat badan anda adalah
dua kali lebih berat 
daripada berat ideal tubuh anda


Tiga
Gagal mendapatkan berat badan yang ideal 
dalam tempoh masa yang panjang
walaupun sudah mencuba pelbagai rutin diet seimbang
yang disarankan oleh pakar dietetik


Empat
Anda berlebihan berat badan 
dan menghidap penyakit berkaitan seperti kencing manis
dan tekanan darah tinggi 



Sumber: Majalah Rapi

Fakta Hebat untuk Pemakanan Seimbang


Saya tidak kenal anda dan tidak tahu tentang anda, tetapi bagi saya, saya memang amat sukakan makanan! Saya suka makan dan jika saya dapat makan makanan yang lazat dan benar-benar baik untuk saya maka saya akan berasakan seperti berada di syurga!

Bagi saya, caranya hanyalah dengan mengetahui apa yang baik untuk diri kita dan apa yang tidak.

Pernahkah anda terfikir apa yang terkandung dalam sesuatu makanan dan bagaimana ia boleh memberi manfaat kepada kesihatan kita?
Mari kita mulakan fakta pemakanan kita dengan mempelajari tentang makronutrien iaitu karbohidrat, protein dan lemak.

Karbohidrat, protein dan lemak dikenali sebagai makronutrien kerana ia diperlukan oleh tubuh kita dalam kuantiti yang besar.
Makronutrien ini dapat memberikan tenaga yang diperlukan oleh tubuh untuk terus hidup dan juga yang sangat diperlukan untuk metabolisme, pertumbuhan dan fungsi badan yang penting.
Kesemua nutrien ini adalah sama penting dan kita perlu makan nutrien-nutrien ini setiap hari untuk kesihatan yang baik.

Mikronutrien pula adalah vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh kita dalam kuantiti yang lebih kecil.

Maka sudah tentu air juga adalah nutrien yang penting untuk tubuh kita!

Setiap satu molekul yang terdapat dalam badan kita berasal dari makanan yang kita makan dan air yang kita minum.
Dengan makan makanan yang berkualiti tinggi dalam kuantiti yang betul boleh membantu tubuh kita untuk mencapai tahap optimum dalam mendapatkan tenaga, kesihatan yang baik dan bebas daripada penyakit.
 
Fakta-fakta nutrisi makanan inilah yang dapat membantu saya untuk mencapai pemakanan yang seimbang.
Walaupun mungkin nampak agak mustahil untuk kita mendapat pemakanan yang seimbang pada setiap waktu makan, tetapi jika kita melihat pada setiap satu hari secara keseluruhannya, sebenarnya tidaklah begitu sukar untuk kita memperolehi pemakanan yang seimbang dalam diet seharian kita.

Seperti yang kita pelajari sebentar tadi, diet kita terdiri daripada karbohidrat, protein dan lemak. Setiap satu nutrien adalah amat penting bagi kita dan tidak sepatutnya ditinggalkan!
Sememangnya adalah satu idea yang amat bagus untuk makan makanan yang mengandungi protein bersama karbohidrat kerana ini dapat membantu menyeimbangkan gula dalam darah dan membuatkan anda rasa kenyang untuk jangka masa yang lebih lama - iaitu cara yang sangat berkesan untuk mengekalkan berat badan yang sihat.
 
Gunakanlah panduan pemakanan ini untuk mendapatkan yang terbaik dalam setiap waktu makan anda!

Isnin, 2 April 2012

Ada apa dengan Makanan Segera aka Fast Food?


  • Burger yang anda anggap "penyelamat" kala perut menjerit kelaparan itu mengandungi lebih dari 35 peratus kandungan LEMAK.
  •  Sandwich atau burger yang diletakkan keju amat berlemak. Tetapi tahukah anda bahawa bukan semua keju yang ada di pasaran itu adalah keju. Pelik bukan?
    Kebanyakan keju hanyalah merupakan cebisan keju yang bercampur dengan garam, gula, bahan perasa, asid laktik, pengawet, pewarna dan segala macam bahan yang tidak sihat.
  • Peminat kentang goreng berjaga-jagalah! Ramai yang mengatakan kentang goreng adalah lebih baik daripada ban (roti) tepung gandum. Salah tu! Kentang goreng dibiarkan terendam dalam lemak tepu dan disediakan separa masak sebelum dibungkus. Kemudian, anda pula menggorengnya dalam minyak. Bayangkan berapa banyak kolesterol yang terkandung dalam kentang goreng anda itu? Lama kelamaan, anda berisiko mendapat serangan jantung.
    Purata lemak dalam satu hidangan adalah antara 11 hingga 16 gram LEMAK.




Sumber Info: Majalah Rapi
Sumber Gambar: Doctor Tipster