Isnin, 23 September 2013

Mmm...comelnya makanan nie...!


Kali ini jom kita layan bento-bento comel pula.

Bento (mengikut wikipedia) adalah merupakan makanan yang dibawa dari rumah dan di pek untuk seorang makan yang menjadi kebiasaan makanan di Jepun.

Tradisi di Jepun ini sangat baik untuk diamalkan memandangkan selain dapat berjimat, makanan yang disediakan juga turut terkawal kebersihannya dan amat menarik sekali untuk dimakan.
 




















Sumber info:
en.wikipedia.org/wiki/Bento

Sumber gambar:
google
www.tumblr.com
favim.com
yuki1008chan.wordpress.com
japanphilly.org
rashai.blogspot.com
cutestfood.com
www.flickr.com


Rabu, 18 September 2013

6 Tip Cegah Kanser (ii)



Tip 3: Hadkan Pengambilan Alkohol

Kajian menunjukkan bahawa semua jenis minuman beralkohol meningkatkan risiko anda untuk menghidap kanser mulut, larinks, farinks, esofagus, payudara dan kolon.

Risiko menghidap kanser semakin meningkat sekiranya anda merokok.


Hadkan pengambilan minuman beralkohol kepada 2-3 unit/hari untuk lelaki dan 1-2 unit/haru untuk wanita.

(Pengambilan alkohol untuk orang Islam adalah dilarang sama sekali)



Tip 4: Hadkan Daging Merah dan Daging Proses


Pengambilan daging merah secara berlebihan meningkatkan risiko menghidap kanser terutamanya daging terproses.

Kerapkan mengambil ikan, ayam dan kekacang sebagai sumber protein.


Kajian menunjukkan bahawa pengambilan daging merah kurang daripada 18 Oz. (0.5kg) seminggu tidak meningkatkan risiko menghidap kanser.

Kurangkan saiz hidangan daging anda dan pelbagaikan diet anda dengan kekacang, sayuran dan bijirin. 



Link ke artikel berkaitan:
6 Tip Cegah Kanser (i)
6 Tip Cegah Kanser (iii)


Sumber info:
Pegawai Dietetik
Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Kedah

Sumber gambar:

Selasa, 17 September 2013

Apa kata anda tentang media sosial?

Jom sertai survey ini...!

http://my.sharings.cc/LindaMN/share/socmediaminds


Klik sini untuk menyertai survey ini.

6 Tip Cegah Kanser (i)



Tip 1: Kekalkan Berat Badan Yang Sihat

Mempunyai berat badan yang berlebihan dan obes adalah berkait rapat dengan satu daripada lima penyebab kematian oleh kanser.

Bagaimana berat badan mempengaruhi kanser adalah masih tidak dapat dipastikan.

Kajian menunjukkan bahawa berat badan adalah berkait rapat dengan kanser payudara di kalangan wanita selepas menopaus, kanser kolon, endometrium, buah pinggang, esofagus, pankreas, pundi hempedu, tiroid, ovari dan serviks.



Tip 2: Hadkan Makanan Tinggi Kalori Yang Kurang Nutrien

Kurangkan pengambilan makanan yang ditambah dengan gula dan lemak berlebihan tetapi kurang zat seperti mineral dan vitamin.

 
Pengambilan kalori daripada makanan sebegini mengakibatkan pertambahan berat badan secara berlebihan tetapi pada masa yang sama kurang zat-zat berkhasiat daripada makanan pencegah kanser.
  


Link ke artikel berkaitan:



Sumber info:
Pegawai Dietetik
Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Kedah

Sumber gambar:

Majalah Rapi 15 September 2013



Sumber: Facebook Majalah Rapi

Khamis, 12 September 2013

Majalah Rapi 1 September 2013



Apakah kanser?




Kanser berlaku disebabkan oleh pertumbuhan sel secara tidak teratur yang mungkin dipengaruhi oleh faktor pemakanan, genetik dan persekitaran.

Karsinogen semulajadi termasuklah radiasi sinar ungu (UV), pewarna, bahan kimia daripada persekitaran seperti asap atau lombong, virus, nitrosamine, aflatoxin (toksin daripada kulat) dan safrole.

Karsinogen yang konsisten adalah tembakau.



Kajian menunjukkan bahawa 30 - 40% daripada kanser seluruh dunia dapat dicegah melalui perubahan cara makan.

Faktor pemakanan dan gaya hidup yang tidak aktif menyumbang kepada hampir 1/3 kanser secara keseluruhannya.




Sumber info:
Pegawai Dietetik
Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Sumber gambar: