Khamis, 31 Mei 2012

Ada Apa Pada Kalori?

Apabila orang bercakap tentang kalori dalam makanan, apa yang mereka maksudkan? Kalori adalah suatu unit ukuran - tetapi ia tidak mengukur berat badan atau ketinggian. Kalori ialah satu unit tenaga. Apabila anda mendengar sesuatu yang mengandungi 100 kalori, ia adalah cara untuk menerangkan berapa banyak tenaga yang badan anda boleh dapatkan dari makan atau minum.



Adakah Kalori Tidak Baik untuk Anda?

Kalori bukanlah sesuatu yang tidak baik bagi kamu. Badan kita memerlukan kalori untuk tenaga. Tetapi makan terlalu banyak kalori - dan tidak membakar kalori secukupnya melalui sesuatu aktiviti - boleh menyebabkan pertambahan berat badan.

Kebanyakan makanan dan minuman memang mengandungi kalori. Sesetengah makanan seperti salad, mengandungi beberapa kalori sahaja (1 cawan salad yang dicincang mempunyai kurang daripada 10 kalori). Makanan lain, seperti kacang, mengandungi banyak kalori (½ cawan kacang tanah mempunyai 427 kalori!).

Anda boleh mengetahui berapa banyak kalori dalam makanan dengan melihat pada label fakta pemakanan. Label juga akan menerangkan tentang komponen-komponen makanan - berapa banyak gram karbohidrat, protein, dan lemak yang terkandung di dalamnya.

Berikut merupakan bilangan kalori yang terdapat dalam setiap 1 gram:

    karbohidrat — 4 kalori
    protein — 4 kalori
    lemak — 9 kalori

Ini bermakna jika anda tahu berapa gram setiap satu zat dalam sesuatu makanan, anda boleh mengira jumlah kalorinya. Anda boleh mendarabkan bilangan gram dengan bilangan kalori dalam gram komponen makanan tersebut. Sebagai contoh, jika hidangan kentang goreng (kira-kira 20 batang) mempunyai 10 gram lemak, bermakna 90 kalori datangnya daripada lemak, hasil daripada pengiraan 10 gram x 9 kalori per gram lemak.

Sesetengah orang menitikberatakan kalori yang mereka ambil jika mereka cuba untuk menurunkan berat badan.
Jika anda makan banyak kalori melebihi daripada keperluan badan anda, kalori yang berlebihan akan ditukarkan kepada lemak. Terlalu banyak lemak boleh membawa kepada masalah kesihatan.


Bagaimana Badan Menggunakan Kalori

Sesetengah orang keliru kerana percaya mereka perlu membakar semua kalori yang mereka makan atau jika tidak, mereka akan bertambah berat badan. Ini adalah tidak benar! Badan anda memerlukan beberapa kalori untuk membuatkan jantung berdegup dan paru-paru anda bernafas. Dan anda sedang membakar kalori tanpa perlu memikirkannya - dengan berjalan atau mengemaskan katil anda!

Tetapi ia adalah satu idea yang hebat untuk bersenam dan menjadi aktif untuk sekurang-kurangnya 1 hingga beberapa jam sehari. Aktif setiap hari akan menjadikan tubuh anda kuat dan boleh membantu anda mengekalkan berat badan yang sihat.

Menonton TV dan bermain permainan video atau melayari internet tidak akan membakar kalori yang banyak. Ini adalah sebab mengapa anda perlu cuba untuk mengehadkan aktiviti-aktiviti tersebut untuk 1 hingga 2 jam sahaja sehari. Setiap orang hanya membakar kira-kira 1 kalori seminit sambil menonton TV, sama sahaja seperti tidur!
Oleh: Mary L. Gavin, MD


Sumber:
kidshealth

Khamis, 24 Mei 2012

Cover Majalah Rapi : 15 Mei 2012


10 Makanan Sahabat Si Gadis (Bahagian Akhir)

Lebih lazat, murah dan mudah didapati.

Bersambung dari artikel: 10 Makanan Sahabat Si Gadis (Bahagian II)


Salmon

Kandungan
Omega 3 dengan DHA dan EPA yang tinggi, protein, vitamin B12 dan vitamin D.

Khasiat
Menurunkan risiko sakit jantung, strok, stress (tekanan) dan mencegah Alzheimer.
Selain itu, ia juga boleh membuatkan kulit menjadi sihat.

Tip
  • Makan salmon 2-3 kali seminggu.
  • Masak dengan cara merebus atau dibakar.




Tomato

Kandungan
Likopen dan antioksida.

Khasiat
Selain mencegah risiko kanser payudara,  
ia juga efektif untuk memerangi serangan penyakit jantung.
Serta melindungi kulit dari sinar ultraviolet
dan membuatkan kamu tampak lebih muda.

Tip
  • Makan paling sedikit sebiji dan amalkan 3-5 kali seminggu.
  • Pilihlah tomato yang segar, kalau boleh pilihlah jenis yang organik.



  
 Lobak Merah

Kandungan
Sumber terbaik vitamin A.
Selain itu ia juga mangandungi vitamin D dan E serta antioksida dan beta carotene.

Khasiat
Melindungi mata, menutunkan risiko kanser, melembapkan kulit,
serta memelihara keindahan rambut dan juga kuku.

Tip
  • Dimakan mentah sebagai ulaman
  • Dijadikan jus

 



Jus Limau

Kandungan
Vitamin D yang cukup tinggi, vitamin C,
antioksida, beta carotene, flavanoid dan crotenoid

Khasiat
Mencegah osteoporosis, menurunkan risiko kanser payudara
dan kanser ovari.

Tip
  • Jika kamu penderita gastrik, elakkan minum jus ini dalam keadaan perut 
yang masih kosong.






Sumber info:

Sumber Gambar:



Rabu, 23 Mei 2012

Makanan untuk Kulit




Kiwi
Kaya vitamin C yang menyembuhkan luka dan mencegah parut.
Buah ini meningkatkan kolagen kulit yang membuatkan 
anda kelihatan muda 10 tahun  daripada usia sebenar anda!








Sayuran Hijau
Bayam mengekalkan keremajaan.
Klorofilnya melindungi sel kulit dari bakteria dan radikal bebas.

Tomato
Kaya vitamin A dan likopen yang merupakan bahan anti oksida.
Mampu megurangkan risiko kerosakan kulit akibat pendedahan
kulit kepada cahaya matahari sehingga 48 peratus.
Likopen juga mencegah kedutan pada kulit.






Anggur
Anti oksida semulajadi.
Ia membantu melindungi jantung dan sistem sel tubuh
untuk mengekalkan keremajaan seseorang.

Minyak Zaitun
Kaya vitamin E dan anti oksida.
Berkesan untuk mencegah kekeringan dan kerosakan kulit serta
memudahkan proses penyerapan nutrien pada kulit.

 






Ikan
 Salmon dan makerel merupakan spesis ikan yang membantu menghaluskan dan melembapkan kulit.
Dengan kandungan Omega 3 pada ikan, ia mengurangkan risiko
kulit terbakar akibat terdedah kepada pencemaran.





Telur
Kandungan protein dalam telur menggalakkan kolagen pada kulit.
Ia mengandungi biotin yang memelihara keanjalan dan kelembapan kulit.




Notakaki: Ikan keli juga mengandungi kandungan Omega 3 yang tinggi, 3 kali ganda lebih daripada ikan salmon. Info ini Alami dapat di pameran Pengguna Pulau Pinang.






Sumber info: Majalah Rapi
Sumber gambar: 



 

Isnin, 21 Mei 2012

Gula Penyumbang Terbesar Penyakit


Barah (Kanser)
.Gula adalah makanan sel barah.
.1 daripada 4 rakyat Malaysia berpotensi menghidap penyakit ini.



Kencing Manis (Diabetes)
.8.3% rakyat Malaysia adalah penghidap kencing manis.



Sakit Jantung
.30% rakyat Malaysia mempunyai tekanan darah tinggi dan kolesterol yang tinggi.



Obesiti
.40% rakyat Malaysia mengalami masalah obesiti.



Karies Gigi
.8 daripada 10 kanak-kanak di Malaysia menderita penyakit ini.



*Kurangkan gula dalam diet anda*
*Gula adalah toksik dan boleh menyebabkan ketagihan*




Diolah daripada info: Persatuan Pengguna Pulau Pinang 





Khamis, 10 Mei 2012

Tahukah Anda Kalori Makanan Yang Anda Makan? (Bahagian II)

Untuk artikel ini, saya akan memuatkan kalori makanan yang kita selalu makan.
Mungkin artikel ini akan bersambung-sambung sehingga tiada bahagian akhir. :)





Mi Sup

Saiz Hidangan: 1 mangkuk
Kalori: 383 kcal
Lemak: 14.6g
Garam: 4.2g





Koew Teow Goreng

 Saiz Hidangan: 1 pinggan
Kalori: 531 kcal
Lemak: 29.1g
Kolesterol: 194.4mg
Garam: 2.1g






Asam Laksa

Saiz Hidangan: 1 mangkuk
Kalori: 367 kcal
Lemak: 2g
Kolesterol: 18mg







***Kandungan kalori, lemak dan kolesterol bergantung kepada kuantiti bahan-bahan yang dimasukkan seperti minyak, santan, gula, ayam, telur dan sebagainya. Lebih banyak bahan-bahan ini dimasak bersama, lebih tinggi kandungan kalori, lemak dan sebagainya.

Sumber ihsan: Jawatankuasa Pengurusan Berat Badan
Hospital Sultanah Bahiyah





Ahad, 6 Mei 2012

10 Makanan Sahabat Si Gadis (Bahagian II)

Lebih lazat, murah dan mudah didapati.

Bersambung dari artikel: 10 Makanan Sahabat Si Gadis (Bahagian I)


Yogurt


Kandungan

Probiotik iaitu sejenis bakteria baik yang mampu melindungi usus.
Selain itu, ia juga mengandungi kalsium, vitamin B dan protein.

Khasiat

Menurunkan risiko kanser payudara, mencegah jangkitan pada vagina, meningkatkan kekuatan tulang dan mencegah osteoporosis serta melancarkan sistem pencernaan.




 Brokoli


Kandungan

Vitamin A, C, K dan zat besi.

Khasiat

Mengurangkan risiko kanser perut dan kanser payudara.
Ia baik untuk ibu yang hamil kerana ia melindungi janin dan mencegah anemia.

Tip

    Untuk mengelakkan segala nutriennya hilang, jangan memasaknya terlalu lama.
    Boleh dijadikan ulam, dengan cara mencelurnya di dalam air panas.




Kacang Soya


Kandungan

Isoflavone yang berfungsi sebagai estrogen.

Khasiat

Ia dikatakan dapat mengurangkan risiko kanser pangkal rahim. Penelitian yang dibuat ke atas 832 orang wanita di Shanghai mendapati mereka yang biasa makan makanan yang berasaskan soya mempunya peratus yang rendah untuk menghidap kanser. Bahkan penelitian tersebut turut dimuatkan di dalam English Medical Journal.

Tip

    Kamu boleh nikmatinya di dalam bentuk yang berbeza seperti tempe, kicap dan kerepek.


Bersambung ke artikel seterusnya: 10 Makanan Sahabat Si Gadis (Bahagian Akhir)



Sumber Info:

Sumber Gambar:

Khamis, 3 Mei 2012

10 Makanan Sahabat Si Gadis (Bahagian I)

Lebih lazat, murah dan mudah didapati


Bersyukurlah wahai si gadis... 
Untuk kelihatan cantik, kamu sebenarnya tidak memerlukan belanja yang besar.
Sayuran-sayuran dan buah-buahan yang terdapat di sekeliling kamu boleh dijadikan ramuan untuk mengembalikan kesegaran dan kecantikan semula jadi.
Dengan olahannya yang mudah, kamu boleh mencubanya dan menjadikannya sebagai sahabatmu di rumah.




Avocado


Kandungan
Lemak tak tepu, potassium, beta carotene, klorofil, vitamin A, B kompleks, D dan E.

Khasiat
Menurunkan kadar kolesterol jahat dan meningkatkan kadar kolestreol baik.
Selain itu, ia juga boleh membuatkan rambut dan kuku kamu menjadi sihat dan menarik.


Tip
  • Boleh dibuat jus. Jika ingin nikmatinya bersama susu, pastikan kamu memilih susu rendah lemak.
  • Campurkannya di dalam salad buah-buahan.
  • Jangan terlalu banyak...walaupun ia buah, namun ia tetap mengandungi lemak.








Strawberi


Kandungan
Antioksida, vitamin A dan C, zat besi.

Khasiat
Mencegah penyakit jantung, kerosakan mata dan saraf, menguatkan gusi dan menyegarkan mulut.

Tip
  • Nikmatinya 3-4 kali seminggu dalam anggaran segenggam strawberi.
  • Kamu boleh campurkannya dengan salad atau nikmati ia dalam bentuk jus yang segar.








Minyak Kelapa


Kandungan
Mengandungi sejenis lemak yang mudah diserap dan diubah untuk menjadi tenaga.

Khasiat
Boleh memberikan tenaga, namun tidak akan membuatkan kamu menjadi gemuk. 
Bagus untuk diet.
Boleh mempertahankan kolesterol sihat serta meningkatkan metabolisme tubuh.
Ia juga baik untuk kulit dan rambut.

Tip
  • Ganti minyak biasa dengan minyak kelapa.
  • Sapukan pada rambut atau kulit.
  • Gunakannya sebagai minyak urut.






Rabu, 2 Mei 2012

44 Tip Diet Sederhana (Bahagian Akhir)







Tip 34
Pilihlah sayur-sayuran hijau atau teh hijau yang akan memberi manfaat yang banyak kepada kesihatan anda.

Tip 35
Sekiranya anda mahu mengambil minuman bersoda, pilihlah jenis diet.



Tip 36
Untuk pembakaran lemak secara maksimum, makanlah kekacang.

Tip 37
Kira perbelanjaan anda untuk makanan atau snek.


Tip 38
Pisang adalah makanan terbaik sebelum memulakan sebarang olahraga.
Pisang mengandungi potasium yang tinggi.






Tip 39
Jangan lakukan perkara lain ketika anda sedang makan.
Elakkan makan sambil membaca atau menonton televisyen.

Tip 40
Dapatkan cahaya matahari yang secukupnya.
Vitamin D akan membantu anda mendapatkan lebih banyak kalsium yang mempercepatkan proses metabolisme.

Tip 41
Cubalah minum teh herba secara bergiliran dan pilihlah kegemaran anda.
Ia baik untuk kesihatan anda.

Tip 42
Gigit dan kunyahlah makanan dengan perlahan-lahan.


Tip 43
Minumlah segelas air dengan sedikit perahan lemon untuk membantu meningkatkan metabolisme anda.













Tip 44 dan terakhir
Olah makanan anda dengan cara dipanggang berbanding digoreng.
Cara ini hanya memerlukan sedikit minyak.
Atau, apabila perlu rebuslah makanan anda.






Sumber info: Majalah Rapi
Sumber gambar: 
krizzyla.blogspot.com