Rabu, 28 November 2012

Merokok dan Kesannya terhadap Jantung dan Saluran Darah Anda


1
Merokok merupakan penyebab kepada 40% penyakit jantung dan strok di kalangan mereka di bawah 65 tahun

2
Perokok adalah 4 X berisiko mati akibat serangan jantung berbanding bukan perokok

3
Mereka yang terdedah kepada asap rokok pasif (asap rokok persekitaran) juga mempunyai risiko yang lebih tinggi terhadap serangan jantung

4
Tabiat merokok mengakibatkan anda membawa masuk pelbagai jenis bahan beracun ke dalam tubuh badan anda melalui paru-paru dan seterusnya diserap ke dalam sistem peredaran darah anda



5
Bahan-bahan ini akan mengecilkan saluran darah anda, meyebabkan alirannya tidak lancar dan meningkatkan kemungkinan mendapan bahan-bahan berlemak dan boleh menyebabkan saluran darah menjadi lebih sempit, malah boleh tersumbat



6
Tekanan darah anda juga meningkat, dan jantung anda terpaksa bekerja lebih kuat untuk mengatasi tekanan ini supaya darah dapat dihantar ke seluruh tubuh anda

7
Karbon monoksida yang diserap masuk dari asap rokok yang anda sedut, akan merosakkan Haemoglobin dalam sel darah merah anda dan menyebabkannya kurang berupaya mengangkut oksigen. Oleh itu, kandungan oksigen dalam badan anda berkurangan.



8
Kesemua ini menyebabkan jantung anda bekerja dengan lebih kuat, menghasilkan denyutan yang tidak normal dan memungkinkan serangan jantung.

9
Gangguan aliran darah ke otak pula meyebabkan serangan strok

10
Strok menyebabkan sebahagian badan anda lumpuh


11
Serangan jantung dan strok boleh menyebabkan kematian





Sumber info:
Unit Kawalan Tembakau
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia

Sumber gambar:

Selasa, 27 November 2012

Kepentingan Penyusuan Dengan Kerap Supaya Bayi Mendapat Cukup Susu



1
Susukan bayi dengan kerap sekurang-kurangnya 8-12 kali sehari bukannya mengikut jam

2
Susukan bayi pada waktu malam

3
Perah susu ibu selepas menyusukan bayi sekiranya masih ada susu

4
Jangan beri bayi menghisap puting tiruan

5
Jika ibu bekerja, beri penyusuan secara terus dari payudara sebelum ke tempat kerja dan lakukan sedemikian sebaik kembali ke rumah

6
Semasa menyusukan bayi pada satu payudara, gunakan pam bagi memerah payudara di sebelah satu lagi untuk membuat stok bekalan susu

7
Perah susu di tempat kerja



8
Susukan bayi secara terus dari payudara pada waktu tidak bekerja

9
Ibu perlu mendapatkan makanan dan minuman berkhasiat serta rehat yang mencukupi




Artikel sebelumnya:



Sumber gambar:


Sumber info:
Hospital Rakan Bayi
Hospital Sultanah Bahiyah
Alor Setar, Kedah

Ahad, 25 November 2012

Pentingnya Sarapan Pagi!



Umum sedia maklum, pengambilan sarapan adalah penting kerana ianya dianggap sebagai makanan untuk otak.

Kajian menujukkan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental.

Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberi kesan positif terhadap aktiviti otak kerana anda akan jadi lebih cergas, peka dan fokus.

Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri seseorang untuk melaksanakan tugasnya sama ada di sekolah mahupun di tempat kerja biarpun hanya dengan mengambil sarapan seringkas sekeping roti dan secawan kopi.




Sumber info:

Sumber gambar: