Selasa, 22 Januari 2013

Kepada Bakal Penderma Darah: Menderma Darah Buat Kali Pertama (Bhg. 1)



Mengapa saya perlu menderma darah?
Setiap hari darah diperlukan untuk menyelamatkan nyawa.
Darah mungkin diperlukan untuk pembedahan, mangsa kemalangan atau merawat pesakit leukimia, barah, penyakit jantung, penyakit hati dan hemofilia.
Sumbangan anda mungkin menyelamatkan nyawa.




Adakah saya layak untuk menderma darah?
Ya.
Jika anda berumur 18 tahun ke atas & mempunyai berat badan melebihi 45kg.
Pada amnya, pengambilan ubat tidak menjadi halangan untuk menderma darah kerana penerimaan & penolakan berdasarkan laporan perubatan.
Sekiranya anda mengambil sebarang ubat, sila beritahu sebelum menderma darah.



Adakah saya cukup sihat untuk menderma darah?
Anda harus cukup sihat jika anda hendak menderma darah.
Kesihatan & keselamatan anda amat penting bagi kami.
Anda akan diminta untuk mengisi borang persetujuan menderma darah di mana sejarah perubatan akan disoal.
Tekanan darah & setitik darah akan diambil untuk ujian hemoglobin.
Semua maklumat yang diberi oleh anda adalah sulit. 



Sumber info:
Unit Transfusi
dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Kesihatan
Hospital Alor Setar, Kedah Darul Aman 2006


Sumber gambar:
mirror.co.uk
dreamstime.com



Isnin, 7 Januari 2013

Salam 2013


Salam 2013 untuk semua pembaca blog Alami. Moga dilimpahkan rahmat dan rezeki yang murah untuk tahun ini.

Moga azam tahun baru ini dapat kita capai bersama-sama.
Buat mereka yang ingin menurunkan berat badan, pilihlah diet yang betul untuk mengelakkan risiko kesihatan anda terganggu.

Alami akan mendapatkan tips-tips atau sumber-sumber menarik untuk dimuatkan dalam blog ini untuk tatapan semua pembaca.

Alami mengucapkan selamat maju jaya dan sama-sama kita menjaga kesihatan diri juga keluarga kita yang tidak ternilai.

Salam 2013,
Alami 



Sumber gambar:

Ahad, 30 Disember 2012

Kurangkan Risiko Anda Mendapat Serangan Jantung & Strok



1
Kurangkan risiko anda dengan tidak merokok atau berhenti merokok

2
Jangan biarkan diri anda dan keluarga anda menderita

3
Jangan merokok



4
Jika anda seorang perokok, ambillah langkah bijak, BERHENTI LAH sebelum terlambat

Sekiranya anda memerlukan bantuan,
Hubungi:
03-8883 4176  


Artikel sebelumnya:

Sumber info:
Unit Kawalan Tembakau
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia

Sumber gambar: