Ahad, 18 November 2012

Apa Itu Kolustrum?



Susu yang pekat, melekit dan berwarna kekuningan yang dihasilkan semasa usia kandungan 7 bulan hingga beberapa hari selepas bersalin



  • Dihasilkan dalam kuantiti yang sedikit sesuai dengan saiz perut bayi. 

  • Mengandungi nutrien penting untuk pertumbuhan dan sistem pertahanan tubuh bayi.

  • Bertindak sebagai imunisasi pertama menentang bakteria.

  • Bertindak sebagai pelapik yang melindungi usus bayi daripada jangkitan.


  • Membantu pembentukan bakteria baik untuk sistem penghadaman bayi.


  • Membantu bayi mengeluarkan mekonium dengan segera bagi mencegah jaundis.



Kepentingan memulakan penyusuan awal:
  1. Memastikan kejayaan penyusuan susu ibu secara eksklusif.
  2. Memastikan bayi mendapat kolustrum ibu yang cukup.



Artikel sebelumnya:
Kepentingan Sentuhan Kulit ke Kulit Sejurus Selepas Bayi Dilahirkan

Artikel Seterusnya:


Sumber info:
Hospital Rakan Bayi
Hospital Sultanah Bahiyah
Alor Setar, Kedah


Majalah Rapi 15 November 2012


Nak tahu pasal Hepatitis B? Nak tahu kita boleh kurus tanpa karbohidrat tak? Nak tahu cara kecilkan paha? Nak tahu 2 idea cantik untuk fashionista bertudung? Kalau YA, sila dapatkan RAPI terbaru, 15 Nov. Hanis Zalikha berkongsi rahsia cantiknya dengan anda.


Sumber:

Tips Kesihatan dan Kebersihan Gigi



1
Elakkan makanan terlalu manis dan mudah melekat pada gigi.


2
Banyakkan pengambilan makanan kaya serat.


3
Hentikan merokok! Ia mengubah warna gigi dan mengakibatkan masalah mulut berbau.


4
Hentikan penggunaan pencungkil gigi.
Jika mahu membuang makanan yang terlekat di celah gigi, gunakan 'dental floss' untuk membersihkan celahan gigi dengan lebih berkesan.



5
Bersihkan mulut, gigi dan lidah dengan cecair kumuhan.
Selain itu, kotoran pada gigi dapat dihilangkan dengan menggerakkan otot lidah, bibir dan pipi.


6
Gosok gigi dua kali setiap hari.
Lebih baik lagi jika anda menggosok gigi setiap kali selepas makan.


7
Jangan lupa 'dating' dengan doktor gigi setiap tiga ke enam bulan sekali.




Sumber info:

Sumber gambar: