Selasa, 16 April 2013

Panduan Untuk Menikmati Lebih Buah dan Sayur


Makan sekurang-kurangnya 1/2 cawan sayur pada setiap waktu makan.

Makan sekurang-kurangnya satu hidangan buah pada setiap waktu makan.

Pelbagaikan jenis buah dan sayur.


Pilih hidangan yang mengandungi buah dan sayur (Contoh: nasi kerabu, nasi ulam, puding buah, rojak buah/sayur, pecal).

Jadikan buah sebagai snek.

Makanlah ulam atau salad bersama hidangan anda.





Sumber info:
Pegawai Dietetik
Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Sumber gambar:

Isnin, 15 April 2013

Apakah Itu Pemakanan Sihat?


Makan pelbagai jenis makanan, sedikit dari setiap jenis, supaya tubuh kita memperolehi kesemua zat makanan yang diperlukan.


Makan mengikut keperluan.


Makan lebih sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijirin penuh untuk menambah pengambilan serat.


Mengurangkan pengambilan lemak, gula dan garam. 



Sumber info:
Pegawai Dietetik
Hospital Sultanah Bahiyah

Sumber gambar:

Selasa, 9 April 2013

Tips untuk Kurangkan Pengambilan Garam Anda






1
Pilih nasi putih berbanding nasi beriani, nasi minyak atau nasi lemak.


2
Hadkan penggunaan garam di dalam masakan.


3
Tambah kelazatan makanan dengan perahan limau, herba atau rempah daripada menggunakan garam.



4
Pilih makanan dalam tin yang dilabel "light" atau kurang garam.


5
Elakkan penambahan MSG, kiub stok atau penyedap rasa di dalam penyediaan makanan.


6
Hadkan penggunaan sos dan kicap.




Sumber info:
Pegawai Dietetik
Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Sumber gambar:
allergicliving.com
smicopk.com
www.colourbox.com

     

Isnin, 8 April 2013

Nak kurangkan gula? Ikuti panduan ini.



Minum air kosong untuk menggantikan minuman manis, sirap, kordial dan minuman berkarbonat.

Pilih buah-buahan segar untuk menggantikan kuih-muih yang manis, biskut berkrim, gula-gula atau coklat.


Pilih makanan yang kurang gula atau yang tidak mengandungi tambahan gula. Baca label untuk mengetahui kandungan gula.
  
Minta dikurangkan gula atau susu pekat manis apabila membuat pesanan minuman.  



Sumber info:
Pegawai Dietetik
Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah

Sumber gambar:
www.beautythroughstrength.com
foodmatters.tv

Ahad, 7 April 2013

Jom Minum Teh



Menurut laporan yang diterbitkan dalam Journal of The American Heart Association, minum teh dalam jumlah yang banyak ternyata dapat menurunkan risiko kematian setelah terkena serangan jantung.

Ini dibuktikan lagi dengan kajian yang menyatakan bahawa kemungkinan untuk mati dalam tiga atau empat tahun setelah terkena serangan jantung dialami oleh mereka yang rajin meminum teh.



Ini disebabkan oleh kandungan flavanoids yang terdapat dalam teh.

Falavanoids merupakan antioksida semulajadi yang biasa ditemui dalam pelbagai makanan yang berasal dari tumbuhan dan dapat mencegah penyakit kardiovaskular. 



Sumber info:
Majalah Rapi

Sumber gambar:
tea-me-happy.blogspot.com
commons.wikimedia.org
 

Isnin, 1 April 2013

Majalah Rapi 1 April 2013



Sumber:
Facebook Majalah Rapi