SELAMATKAH PRODUK SLIMMING YANG KITA AMBIL?
Sharing daripada fb Diet bersama Dietitian Syima
<Sambungan di bawah>
Bukan
tak boleh langsung ambil produk.. tapi perlu faham dulu apa sebenarnya
keperluan badan kita.. Dalam banyak-banyak produk yang disenaraikan oleh
anda sebelum ini, hanya ada 1-2 produk sahaja yang bagi saya boleh
diambil..
Produk yang nak diambil perlu mempunyai ‘Clinical
Trial’, maksudnya kajian yang dibuat secara sistematik dan mengambilkira
kesan jangka pendek & panjang. Bukan based on testimoni.. Produk
jenis susu yang tidak mengandungi bahan kimia tambahan yang boleh
merencat selera makan biasanya agak selamat.. tetapi anda perlu faham,
produk ini hanya diambil sebagai ganti makanan (meal replacement) untuk
mengurangkan kalori yang kita ambil dalam sehari. Produk susu itu tidak
membakar lemak kita.
Kenapa berat turun masa mula2 ambil produk slimming?
Kita rasa sangat gembira bila ambil produk slimming , berat kita turun
dengan banyak. Pernah tak kita cek.. apa sebenarnya yang turun??
Sebenarnya memang sangat senang nak turunkan berat badan. Tapi bukan
senang nak hilangkan lemak. Kalau ikutkan “pakar kebakaran(BOMBA)” lemak
badan manusia akan mencair/terbakar pada suhu >200 oC. Jadi, masa
kita bersauna atau buat wrap2 tu, adakah suhu mencecah 200oC. Macammana
pulak boleh bakar lemak tu??
Ada banyak jugak produk yang
katanya boleh buang lemak & sedut keluar lemak.. Cuba fikir logic,
macammana dia bawa keluar lemak tu? Meresap melalui kulit ke? Mesti
peluh berminyak kan.. Keluar ikut usus? Mesti kena masuk darah dulu..
kalau tak macammana nak angkut lemak2 tu keluar dari badan? Kalau memang
betul masuk darah dulu.. bahaya tu??
Berbalik kepada isu
hilang berat vs hilang lemak. 2 perkara yang berbeza.. Anda harus tahu,
60% kandungan badan kita adalah air. Selain lemak, badan kita juga ada
otot. Jadi hilang berat tak semestinya hilang lemak.. boleh jadi air
atau otot.. Memang mustahil untuk hilangkan berkilo-kilo lemak dalam
masa hanya beberapa hari sahaja. Paling cepat lemak boleh hilang pun
biasanya dalam 1kg seminggu, itupun dengan exercise yang betul. Anda
fikir sendiri la apa yang hilang sebenarnya? Lemak atau air??
Hilang banyak air sangat bahaya.. Dehidrasi boleh menyebabkan gangguan
keseimbangan elektrolit dan hormone dalam badan, kalau yang teruk boleh
merosakkan buah pinggang. Dan kesan jangka panjang adalah akan kecutkan
otot dan akan rendahkan metabolisma badan. So selepas 6 bulan atau
setahun, berat akan naik semula ke berat asal atau biasanya double dari
berat asal apabila kita start makan macam biasa. Selalunya pesakit2
inilah yang datang jumpa saya di klinik. Dah try macam2 produk, berat
dah double or triple dari asal, metabolisma badan dah rendah.. mungkin
masih belum terlambat.. tetapi memang sukar nak dibetulkan semula. Sebab
tu ramai yang terpaksa dibedah..
Banyak produk sebenarnya guna
tektik ini untuk melariskan produk. Dalam produk slimming diletakkan
diuretic agen supaya nampak macam berkesan. Berat turun dengan banyak…
10kg seminggu…wow!!! Sila cek semula.. contoh diuretic agen yang selalu
digunakan adalah CAFEIN, GINSENG, GUARANA dan EPHEDRA.. kadang2 dia guna
nama kimia yang kita tak faham..
Yang lebih bahaya.. ada
produk yang masukkan ubat untuk rencat selera makan. Eg: sibutramin.
Ubat sibutramin sebenarnya telah di black list penggunaannya disebabkan
side effect yang boleh rosakkan hati, buah pinggang dan jantung.. pls
cek betul2. Tapi banyak juga yang tak declare kat ingredient, so kita
tahu..
Jadi, anda pilih la samada nak cantik dan sihat atau nak cantik tapi tak sihat..
Nasihat saya, sebelum start any produk, make sure kita faham apa
keperluan badan kita dan perlu ambil tahu macammana produk untuk
bertindak untuk turunkan berat. Jika hanya membazir duit sahaja mungkin
tak ada apa2.. duit boleh cari. Tapi jika memberi kesan pada
kesihatan..rosak organ..atau apa2 yang berkaitan.. dah tak boleh ditukar
semula..
Memang penting untuk kekalkan berat yang normal.. TETAPI turunkanlah dengan SELAMAT..
Mohon LIKE, COMMENT & SHARE jika dah baca. Sama-sama kita prevent
kawan2 kita dari jadi SUPER OBES DAN sehingga terpaksa diBEDAH..
-Dietitian Syima-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan