Berapa lamakah masa diambil untuk menderma darah?
Proses menderma darah ini akan mengambil masa di antara 7-10 minit, tetapi anda dinasihatkan supaya berada di tempat menderma selama lebih kurang satu jam.
Ini termasuk masa untuk pemeriksaan & rehat selepas menderma.
Adakah jarum itu menyakitkan?
Anda cuma berasa sakit sedikit apabila jarum dimasukkan & tidak lagi selepas itu.
Berapa banyak darah yang akan diambil?
Sebanyak 450ml, iaitu kurang dari 1 pain(586ml).
Orang dewasa biasanya mempunyai lebih kurang 5 liter (10-12 pain) darah di dalam badan.
Bagaimanakah rasanya selepas menderma darah?
Kebanyakan orang merasa selesa selepas menderma darah.
Anda dinasihatkan supaya mengambil makanan ringan sebelum menderma darah.
Artikel sebelumnya:
Kepada Bakal Penderma Darah: Menderma Darah Buat Kali Pertama (Bhg. 1)
Artikel seterusnya:
Sumber info:
Unit Transfusi
dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Kesihatan
Hospital Alor Setar, Kedah Darul Aman 2006
Sumber gambar:
workwithjenniferpatterson.com
gearjunkie.com
safetymom.com