Rabu, 28 Mac 2012

Fakta Menarik Tentang Kenaikan Berat Badan

Ingin tahu fakta di sebalik kenaikan berat anda?

Fakta Menarik 1

Tahukah anda bahawa kajian di Amerika Syarikat pada tahun 2008 
mendapati bahawa 
berat setiap wanita akan naik purata 5.4kg 
selepas usianya menjangkau 25 tahun sehinggalah 40 tahun.

Kenapa?

Perubahan arus kehidupan dikenal pasti sebagai puncanya!


Fakta Menarik 2

Individu dewasa yang mempunyai berat ideal
mempunyai kira-kira 40 juta sel lemak
manakala
individu dewasa yang obes pula
mempunyai hampir 120 juta sel lemak.
Banyaknya!!!



Fakta menarik 3

Kajian di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa
tidak semua obes itu tidak sihat.
Apa yang penting dalam menilai individu yang obes adalah
di mana tempat terkumpulnya lemak terbabit.

Awas untuk si kurus!
Walaupun anda kurus tetapi
jika perut atau paha anda berlebihan kandungan lemaknya
maka anda juga berisiko untuk diserang pelbagai penyakit.



Sumber info:

Sumber gambar:

Ahad, 25 Mac 2012

Obes kah anda?


Ingin tahu apakah anda obes berdasarkan indeks jisim tubuh (BMI).
Ini petua pengiraannya:



Berat tubuh badan (Kg) / (Ketinggian (M) x Ketinggian (M))



Berikut adalah panduan BMI untuk megetahui di paras manakah anda:
Normal : 18.5 - 24.9
Berlebihan berat badan: 25 - 29.9
Obes: Melebihi 30


Nota:
Bagaimanapun, ada di antara kita yang mempunyai nilai BMI tinggi walaupun mereka sebenarnya sangat fit dan dalam kondisi fizikal yang baik. Hal ini sering berlaku kepada atlit.


Antara laman web yang boleh digunakan untuk mengira BMI anda:

Calculate Your Body Mass Index




BMI Calculator - Metric BMI Calculator



























Sumber info: 
Majalah Rapi


Sumber gambar:  
Parkside Hospital

Rabu, 21 Mac 2012

Apakah Ukuran Pinggang Anda?



Garis Panduan Kesatuan Jantung Amerika (AHA-NHLBI)
Wanita
Normal: Tidak boleh lebih dari 35 inci (88sm)
Nota: Risiko diserang penyakit jantung lebih tinggi jika pita ukur anda megesahkan yang ukuran lilit anda lebih dari itu.

Lelaki
Normal: Tidak boleh lebih dari 40 inci (102sm)
Nota: Risiko diserang penyakit jantung lebih tinggi jika pita ukur anda megesahkan yang ukuran lilit anda lebih dari itu.


Garis Panduan Kesatuan Diabetes Antarabangsa (IDF)
Wanita
Normal: Tidak boleh lebih dari 32 inci (80sm)
Nota: Risiko diserang penyakit kencing manis lebih tinggi jika pita ukur anda megesahkan yang ukuran lilit anda lebih dari itu.

Lelaki
Normal: Tidak boleh lebih dari 38 inci (94sm)
Nota: Risiko diserang penyakit kencing manis lebih tinggi jika pita ukur anda megesahkan yang ukuran lilit anda lebih dari itu.


Ini pula TANDA AMARAN titik tengah kepada risiko OBESITI
Wanita
melebihi 32 inci (80sm)

Lelaki
melebihi 38 inci (94sm)

Nota: Jika anda tidak mempunyai pengukur, cara lain yang boleh anda lakukan adalah dengan membahagikan ketinggian anda kepada dua. Kemudian tukarkan kepada nilai inci. Ukuran pinggang anda hendaklah tidak melebihi angka berkenaan.


Sumber info: Majalah Rapi
Sumber gambar: Google Search