Jumaat, 10 Ogos 2012

Kepentingan Sentuhan Kulit ke Kulit Sejurus Selepas Bayi Dilahirkan

Artikel sebelumnya: Faedah Penyusuan Susu Ibu Kepada Ibu





Sebaik sahaja bayi dilahirkan, sentuhan kulit bayi ke kulit ibu akan dilakukan selama sekurang-kurangnya 10 minit hingga ke 1 jam bertujuan supaya:

  • Bayi anda tidak kesejukan dan berada dalam keadaan tenang
  • Hubungan antara ibu dan bayi dapat dibentuk untuk membantu memulakan penyusuan
  • Bayi memahami bahawa payudara ibu adalah tempat yang selamat
  • Bayi dapat menyesuaikan metabolisma dan menstabilkan glukosa darahnya



Artikel seterusnya:


Sumber info:
Hospital Rakan Bayi
Hospital Sultanah Bahiyah
Alor Setar, Kedah

Sumber gambar:
lovingyourchild.com

Rabu, 8 Ogos 2012

Faedah Penyusuan Susu Ibu Kepada Ibu

Artikel sebelumnya: Juvenile Onset Diabetes (Diabetes Jenis 1)





Penyusuan susu ibu:

  • Membantu pengecutan rahim dan mengelakkan anemia dan tumpah darah
  • Mengurangkan risiko barah payudara dan barah ovari
  • Membantu menurunkan berat badan ketika hamil dengan gabungan penjagaan diet dan senaman
  • Menjarakkan kehamilan
  • Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
  • Menjimatkan perbelanjaan keluarga



Sumber info:
Hospital Rakan Bayi
Hospital Sultanah Bahiyah
Alor Setar, Kedah

Sumber gambar:
liveindia.tv

Majalah MIDI 15 Julai 2012


Selasa, 7 Ogos 2012

Juvenile Onset Diabetes (Diabetes Jenis 1)


Nama alternatif:
Insulin-dependent diabetes; Juvenile onset diabetes; Diabetes - Jenis1

Definisi:
Diabetes jenis 1 adalah penyakit sepanjang hayat (kronik) di mana terdapat paras gula (glukosa) yang tinggi dalam darah.

Punca-punca dan faktor risiko:
Diabetes jenis 1 boleh berlaku kepada mana-mana peringkat umur. Walau bagaimanapun, ia paling kerap didiagnosis di kalangan kanak-kanak, remaja atau golongan muda.

Insulin merupakan hormon yang dihasilkan oleh sel-sel khas, yang dipanggil sel beta di dalam pankreas. Pankreas boleh didapati di belakang perut anda. Insulin diperlukan untuk menjalankan gula dalam darah (glukosa) ke dalam sel, di mana ia disimpan dan kemudiannya digunakan untuk menghasilkan tenaga. Dalam diabetes jenis 1, sel-sel beta menghasilkan insulin yang sedikit atau tidak langsung menghasilkan sebarang insulin.




Tanpa insulin yang cukup, glukosa dibina di dalam aliran darah dan tidak dapat masuk ke dalam sel. Oleh yang demikian, tubuh badan tidak dapat menggunakan glukosa ini untuk menghasilkan tenaga. Hal ini membawa kepada gejala-gejala diabetes jenis 1.

Punca sebenar diabetes jenis 1 tidak diketahui. Besar kemungkinan ia adalah satu gangguan autoimun. Jangkitan atau beberapa pencetus lain boleh menyebabkan tubuh badan tersilap menyerang sel-sel di pankreas yang menghasilkan insulin. Gangguan ini boleh diturunkan melalui gen keluarga.

Komplikasi yang mungkin berlaku termasuk
  • Gangguan mata
  • Radang saraf
  • Masalah buah pinggang
  • Pembuluh darah terjejas (arteriosklerosis, tekanan darah tinggi, strok, infarksi miokardium)
  • Reaksi kulit dan penyembuhan luka yang lambat
  • Jangkitan kuman (saluran terutamanya saluran kencing dan kulit)  
  • Mati pucuk 
  • Peningkatan mendadak gula dalam darah (hiperglisemia)
  • Insulin hipoglisemia berlebihan



Sumber info:

Isnin, 6 Ogos 2012

Faedah Penyusuan Susu Ibu Kepada Bayi

Artikel sebelumnya: Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia







Susu ibu:
  • Membekalkan pemakanan yang ideal untuk bayi anda
  • Melindungi bayi anda dari jangkitan
  • Mencegah sebahagian daripada punca kematian bayi
  • Mengurangkan risiko alahan kepada bayi
  • Mengurangkan risiko JUVENILE-ONSET DIABETES
  • Mudah dihadam
  • Mengurangkan risiko obesiti dewasa dan di lewat usia
  • Sedia diminum dan sentiasa menepati keperluan bayi





Sumber info:
Hospital Rakan Bayi
Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar

Sumber gambar:
o5.com 

Ahad, 5 Ogos 2012

Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia

Sempena kempen penyusuan susu ibu di Hospital Rakan Bayi, Nutrisihat Alami akan memaparkan artikel-artikel berkenaan penyusuan susu ibu untuk tatapan bersama. Berikut merupakan polisi penyusuan susu ibu di Malaysia.




"Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir hingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai usia dua tahun.
Makanan pelengkap perlu diberi mulai usia 6 bulan."


Sumber info:
Hospital Rakan Bayi
Hospital Sultanah Bahiyah 
Alor Setar, Kedah.

Sumber gambar:
bengkungmoden.com