TELUR merupakan antara makanan sihat kerana kandungan vitamin dan mineral yang tinggi.
Pengambilan telur dalam hidangan makanan setiap hari terutamanya pada
waktu pagi dikatakan dapat mencegah individu daripada berasa lapar dan
perasaan untuk mengunyah.
Menurut seorang pakar pemakanan dari Amerika Syarikat, Dr. Sam Christie, telur merupakan makanan yang padat kandungan protein.
“Pengambilan dua butir telur ketika sarapan mampu membuatkan anda mengehadkan pengambilan makanan pada waktu siang.
“Ini kerana, kandungan vitamin di dalam telur meninggalkan kesan pada penyerapan insulin dan kadar glukosa di dalam darah.
“Perkara tersebut menyebabkan individu merasa kenyang sepanjang hari sebaik mengambil telur,” jelasnya.
Ujar Christie lagi, selain telur, pengambilan makanan yang ditambah
dengan serbuk kayu manis juga mampu membuatkan perut berasa kenyang
sepanjang hari.
Salam berbahagia buat semua pembaca blog nutrisihat Alami.
Buat julung-julung kalinya Alami mengupdate blog ini. Oleh kerana kekangan masa dan kerja menyebabkan update blog menjadi lambat.
Bagaimanapun, Alami akan cuba menambah isi kandungan blog ini untuk tatapan semua.
Semalam Alami telah ke Watson dan tertarik dengan beberapa produk untuk dicuba. Antaranya produk NRK Essential HA Brightening & Hydrating Hand Cream (30g).
Nampak menarik untuk dicuba dan harganya juga agak berbaloi - hanya RM8.90 di Watson.
Memandangkan Alami mengalami masalah tangan yang gelap dan kering berbanding kulit muka, jadi Alami meletakkan harapan setinggi gunung untuk produk ini. Mana tau la kan tup-tup lepas dah pakai krim ni dan boleh mencerahkan kulit tangan yang gelap akibat panas matahari dan kering disebabkan air-cond dan dehidrasi.
Penggunaan hari pertama:
Baunya lembut dan wangi. Teksturnya seperti losyen. Yang bestnya bila dah pakai, rasa lembut jer tangan Alami ni. Menariknya, krim yang dipakai tak berminyak atau melekit bila terkena air.
Biasanya losyen atau krim tangan yang sebelum ini Alami pakai kebanyakannya akan jadi melekit kalau terkena air.
Setakat ini dulu update hari pertama produk ini.
Akan datang, jika ada kelapangan Alami akan update semula kesan penggunaan jangka panjang.
Terima kasih~