Ahad, 30 Jun 2013

Majalah Rapi 15 Jun 2013




Sumber: Facebook Majalah Rapi

Selasa, 4 Jun 2013

Ekzema: Pencegahan dan Rawatan



Pesakit perlu mengelakkan penggunaan bahan yang boleh menyebabkan kulit berasa pedih dan gatal termasuklah sabun mandi biasa, losyen bercukur dan bahan pembersih rumah. 


Elakkan pengambilan makanan yang mengandungi bahan pengawet.


Pesakit bagaimanapun disarankan untuk menggunakan krim atau losyen pelembap yang dihasilkan daripada bahan semula jadi atau herba.


Elakkan pengambilan ubat-ubatan yang diperbuat daripada bahan kimia kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan penyakit ini pada jangka masa panjang.  






Sumber info:
Majalah Rapi

Sumber gambar:
www.ihomeremedy.net
www.chemicalsinfomart.com
www.bestlotionforeczema.com

Isnin, 3 Jun 2013

Majalah Rapi 1 Jun 2013


Ahad, 2 Jun 2013

INFO RASA: KHASIAT BUAH TEMBIKAI


MENCEGAH KANSER
Tembikai merupakan sumber beta karotena dan mengandungi antioksidan lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser. Beta karotena berfungsi membunuh sel-sel kanser dan mampu mengubah protein yang diperlukan oleh sel-sel kanser itu lantas dengan itu mencegahnya daripada terus tumbuh.



SUMBER VITAMIN C
Buah ini juga kaya dengan vitamin C yang diperlukan oleh tubuh badan. Pengambilan sepotong buah tembikai sudah cukup untuk memenuhi keperluan vitamin badan anda selama setengah hari.
 
 
MELINDUNGI MATA
Selain vitamin C, buah tembikai juga mengandungi Vitamin A. Vitamin A sangat baik untuk melawan infeksi serta mencegah penurunan daya penglihatan anda.
 
 
MENURUNKAN TEKANAN DARAH
Tembikai kaya dengan kalium. Pengambil setengah biji buah tembikai membolehkan badan manusia memperolehi kira-kira 825 mg kalium, iaitu zat logam penting yang berperanan merendahkan tekanan darah. Kalium juga berfungsi menghalang kolesterol jahat daripada melekat dan menyempitkan pembuluh darah arteri.
 
 
 

MENGANDUNGI ASID FOLIK
Selain kalium, tembikai juga mengandungi asid folik iaitu sejenis vitamin B yang diperlukan oleh ibu bagi menghalang bayi dalam kandungan daripada mengalami kecacatan dan penyakit jantung.  
 
 
RENDAH KALORI
Tembikai mengandungi kalori yang rendah. Ia terdiri daripada 92% air , menjadikan anda mudah kenyang. Oleh yang demikian, amalan memakan tembikai amat sesuai bagi anda yang sedang berdiet.  
 
 
MENGURANGKAN NODA HITAM PADA WAJAH
Kulit buah tembikai mampu mengurangkan noda-noda hitam pada wajah. Caranya ialah dengan mencampurkan kulit tembikai yang telah dikeringkan dan dijadikan serbuk, timun serta daun lidah buaya dan dijadikan sebagai masker. 




Sumber info:
Facebook Rasa






Sumber gambar:
cikipedia.com
www.123rf.com
ashleybeautyblog.wordpress.com