Ahad, 31 Mac 2013

Epal Baik Untuk Paru-paru




Hasil kajian yang dilakukan di Britain terhadap produk Welsh menunjukkan bahawa mereka yang mengamalkan memakan lima biji epal dalam masa seminggu mengalami pembaikan sel paru-paru daripada sebelumnya.




Selain itu, antioksidan dalam epal dapat mencegah penyakit dengan menghapuskan kesan negatif oksigen pada organ tubuh badan.







Sumber info:
Majalah Rapi

Sumber gambar:

Ahad, 24 Mac 2013

Hari TB Sedunia 2013

www.stoptb.org



tsh.to


www.oxfordcounty.ca

Khamis, 21 Mac 2013

Hari Ginjal Sedunia 2013 Peringkat Negeri Kedah Darul Aman





Sumber:
Hospital Sultanah Bahiyah 

Rabu, 20 Mac 2013

Bayi & Jaundis: Apa Yang Perlu Saya Tahu? (Bahagian 2 - Akhir)


Apakah tanda-tanda bayi dalam bahaya?
Apabila bayi anda mengalami:
  • Jaundis dalam masa 24 jam selepas dilahirkan
  • Jaundis mencapai sehingga ke paras bawah pusat
  • Kurang aktif, tidak sihat atau demam
  • Enggan menyusu
  • Mengalami kekejangan
  • Jaundis berterusan melebihi 14 hari
  • Najis bayi pucat atau air kencing berwarna teh


Apa yang perlu dilakukan oleh ibu bapa sekiranya bayi mengalami jaundis?
  • Dapatkan rawatan segera di klinik kesihatan atau hospital berhampiran
  • Jalani ujian darah bagi memastikan tahap bilirubin dalam darah bayi
  • Elakkan dari menjemur bayi di bawah cahaya matahari
  • Tingkatkan kekerapan penyusuan bayi



Apakah masalah jangka panjang daripada jaundis?
Sekiranya tidak dirawat dengan segera bayi boleh mengalami:
  • Masalah pendengaran (pekak)
  • Masalah pembelajaran
  • Kecacatan intelektual
  • Palsi serebrum (cerebral palsy)






Artikel sebelumnya:
Bayi & Jaundis: Apa Yang Perlu Saya Tahu? (Bahagian 1)



Sumber info:
Kementerian Kesihatan Malaysia
www.myhealth.gov.my
www.infosihat.gov.my



Sumber gambar:
babycareword.com
www.hearos.com

Majalah Rapi 15 Mac 2013



Sumber:
Facebook Majalah Rapi

Ahad, 17 Mac 2013

Bayi & Jaundis: Apa Yang Perlu Saya Tahu? (Bahagian 1)



Apa itu jaundis ?
Jaundis (dikenali juga sebagai kuning) di kalangan bayi dikenalpasti daripada keadaan mata dan kulit yang berwarna kekuningan. 
Sebanyak 75% daripada bayi baru lahir mendapat jaundis.


Apa yang menyebabkan jaundis?
Tubuh manusia menghasilkan darah baru dan menghapuskan darah lama setiap masa.
Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan dari pemecahan sel darah merah.
Ia diproses di dalam hati dan dibuang melalui najis dan air kencing.
Walau bagaimanapun, hati bayi baru lahir tidak berfungsi begitu sempurna.
Oleh itu, tahap bilirubin akan bertambah di dalam badan.
Keadaan inilah yang menyebabkan jaundis.


Bayi yang bagaimanakah sering mendapat jaundis?
  1. Bayi pramatang
  2. Bayi yang mengalami infeksi
  3. Bayi kekurangan G6PD
  4. Bayi yang tidak mempunyai keserasian kumpulan darah dengan ibunya
  • Ibu mengalami Rhesus Negatif (Rh-ve)
  • Ibu dari kumpulan darah jenis O

Adakah jaundis merbahaya?
Jaundis yang teruk atau tahap bilirubin yang tinggi di dalam badan boleh menyebabkan kepekakan, kecederaan otak dan kematian bayi. 


Artikel seterusnya:


Sumber:
Kementerian Kesihatan Malaysia
www.myhealth.gov.my
www.infosihat.gov.my

Sumber gambar:
pediatrics.about.com
www.doctorshangout.com

Ahad, 10 Mac 2013

Kepada Bakal Penderma Darah: Menderma Darah Buat Kali Pertama (Bhg. Akhir)



Bolehkan saya melakukan aktiviti sukan selepas menderma darah?
 
BolehCuma elakkan  dari melakukan aktiviti yang berat untuk tempoh 5 jam selepas menderma darah.
Banyakkan minum air dalam tempoh 24 jam.



Berapa lamakah masa yang diambil untuk menggantikan darah yang telah diderma itu?
Plasma digantikan semula dalam masa 24 jam. 
Anda perlu minum air 4 gelas tanpa alkohol & jangan melakukan kerja berat dengan menggunakan tangan anda untuk tempoh 5 jam.
Darah memerlukan jangkamasa 4-8 minggu untuk digantikan & anda boleh menderma semula selepas itu.



Apakah yang dibuat kepada darah yang telah didermakan itu?
 
Darah anda akan diuji untuk menentukan kumpulan darah & ujian saringan untuk jangkitan tertentu dilakukan.
Kemudian, disimpan untuk kegunaan pesakit.
Darah juga boleh diasingkan kepada beberapa komponen darah & boleh digunakan untuk merawat lebih dari seorang pesakit.



Di manakah anda boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pendermaan darah?
Sila hubungi, UNIT TRANSFUSI berdekatan:
Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah           04-7406266
Hospital Tunku Fauziah, Kangar, Perlis                     04-9763333
Hospital Sultan Abdul Halim, Sg Petani, Kedah         04-4457333
Hospital Kulim, Kedah                                           04-4272733




Artikel sebelumnya:
Kepada Bakal Penderma Darah: Menderma Darah Buat Kali Pertama (Bhg. 2)


Sumber info:
Unit Transfusi
dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Kesihatan
Hospital Alor Setar, Kedah Darul Aman 2006



Sumber gambar:
www.communitypetclinic.net
visitramsbottom.org     

Rabu, 6 Mac 2013

SUMBANGAN KEPADA KELUARGA PERWIRA TERKORBAN MELALUI TABUNG KEBAJIKAN PDRM

Sharing is Caring daripada fb PDRM



SUMBANGAN KEPADA KELUARGA PERWIRA TERKORBAN MELALUI TABUNG KEBAJIKAN PDRM

Pihak polis menerima pertanyaan daripada masyarakat prihatin yang menyuarakan hasrat mereka untuk menghulurkan bantuan kepada balu-balu dan anak-anak mangsa terkorban/cedera dalam insiden pencerobohan di Sabah. Sehubungan itu, segala bentuk bantuan boleh disalurkan melalui TABUNG KEBAJIKAN PDRM, Nombor Akaun Maybank: 564100004646 atau sumbangan cek boleh dihantar terus kepada Pegawai Kebajikan Pasukan Bukit Aman, Kuala Lumpur. Slip bank sumbangan boleh dikirim kepada Pegawai Kebajikan Pasukan di alamat Tingkat 26, Menara 2, 50560, Kuala Lumpur, emel : kebajikan_ba@rmp.gov.my atau fak: 03-26912501.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 03-22668036/8038.

PDRM mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan warga Malaysia yang ingin menghulurkan bantuan kewangan untuk meringankan beban keluarga perwira-perwira yang terkorban.




Facebook PDRM

SELAMATKAH PRODUK SLIMMING YANG KITA AMBIL?

Sharing daripada fb Diet bersama Dietitian Syima

<Sambungan di bawah>
Bukan tak boleh langsung ambil produk.. tapi perlu faham dulu apa sebenarnya keperluan badan kita.. Dalam banyak-banyak produk yang disenaraikan oleh anda sebelum ini, hanya ada 1-2 produk sahaja yang bagi saya boleh diambil..

Produk yang nak diambil perlu mempunyai ‘Clinical Trial’, maksudnya kajian yang dibuat secara sistematik dan mengambilkira kesan jangka pendek & panjang. Bukan based on testimoni.. Produk jenis susu yang tidak mengandungi bahan kimia tambahan yang boleh merencat selera makan biasanya agak selamat.. tetapi anda perlu faham, produk ini hanya diambil sebagai ganti makanan (meal replacement) untuk mengurangkan kalori yang kita ambil dalam sehari. Produk susu itu tidak membakar lemak kita.

Kenapa berat turun masa mula2 ambil produk slimming?
Kita rasa sangat gembira bila ambil produk slimming , berat kita turun dengan banyak. Pernah tak kita cek.. apa sebenarnya yang turun?? Sebenarnya memang sangat senang nak turunkan berat badan. Tapi bukan senang nak hilangkan lemak. Kalau ikutkan “pakar kebakaran(BOMBA)” lemak badan manusia akan mencair/terbakar pada suhu >200 oC. Jadi, masa kita bersauna atau buat wrap2 tu, adakah suhu mencecah 200oC. Macammana pulak boleh bakar lemak tu??

Ada banyak jugak produk yang katanya boleh buang lemak & sedut keluar lemak.. Cuba fikir logic, macammana dia bawa keluar lemak tu? Meresap melalui kulit ke? Mesti peluh berminyak kan.. Keluar ikut usus? Mesti kena masuk darah dulu.. kalau tak macammana nak angkut lemak2 tu keluar dari badan? Kalau memang betul masuk darah dulu.. bahaya tu??

Berbalik kepada isu hilang berat vs hilang lemak. 2 perkara yang berbeza.. Anda harus tahu, 60% kandungan badan kita adalah air. Selain lemak, badan kita juga ada otot. Jadi hilang berat tak semestinya hilang lemak.. boleh jadi air atau otot.. Memang mustahil untuk hilangkan berkilo-kilo lemak dalam masa hanya beberapa hari sahaja. Paling cepat lemak boleh hilang pun biasanya dalam 1kg seminggu, itupun dengan exercise yang betul. Anda fikir sendiri la apa yang hilang sebenarnya? Lemak atau air??

Hilang banyak air sangat bahaya.. Dehidrasi boleh menyebabkan gangguan keseimbangan elektrolit dan hormone dalam badan, kalau yang teruk boleh merosakkan buah pinggang. Dan kesan jangka panjang adalah akan kecutkan otot dan akan rendahkan metabolisma badan. So selepas 6 bulan atau setahun, berat akan naik semula ke berat asal atau biasanya double dari berat asal apabila kita start makan macam biasa. Selalunya pesakit2 inilah yang datang jumpa saya di klinik. Dah try macam2 produk, berat dah double or triple dari asal, metabolisma badan dah rendah.. mungkin masih belum terlambat.. tetapi memang sukar nak dibetulkan semula. Sebab tu ramai yang terpaksa dibedah..

Banyak produk sebenarnya guna tektik ini untuk melariskan produk. Dalam produk slimming diletakkan diuretic agen supaya nampak macam berkesan. Berat turun dengan banyak… 10kg seminggu…wow!!! Sila cek semula.. contoh diuretic agen yang selalu digunakan adalah CAFEIN, GINSENG, GUARANA dan EPHEDRA.. kadang2 dia guna nama kimia yang kita tak faham..

Yang lebih bahaya.. ada produk yang masukkan ubat untuk rencat selera makan. Eg: sibutramin. Ubat sibutramin sebenarnya telah di black list penggunaannya disebabkan side effect yang boleh rosakkan hati, buah pinggang dan jantung.. pls cek betul2. Tapi banyak juga yang tak declare kat ingredient, so kita tahu..

Jadi, anda pilih la samada nak cantik dan sihat atau nak cantik tapi tak sihat..

Nasihat saya, sebelum start any produk, make sure kita faham apa keperluan badan kita dan perlu ambil tahu macammana produk untuk bertindak untuk turunkan berat. Jika hanya membazir duit sahaja mungkin tak ada apa2.. duit boleh cari. Tapi jika memberi kesan pada kesihatan..rosak organ..atau apa2 yang berkaitan.. dah tak boleh ditukar semula..

Memang penting untuk kekalkan berat yang normal.. TETAPI turunkanlah dengan SELAMAT..

Mohon LIKE, COMMENT & SHARE jika dah baca. Sama-sama kita prevent kawan2 kita dari jadi SUPER OBES DAN sehingga terpaksa diBEDAH..

-Dietitian Syima-
Facebook Dietitian Syima